Ads 468x60px

Program Qiamullail Perdana KRU dan PSS Beaufort Kali ke-4


Bergambar bersama banner Qiamullail
Assalamualaikum WBT ..

Alhamdulillah ..
Dengan Izin Allah SWT , satu lagi program PSS dan KRU Beaufort iaitu Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort kali ke-4 telah berjaya dijalankan dengan jayanya .. Alhamdulillah .. Syukur Ke hadrat Illahi yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang ..


*Berikut merupakan Serba Sedikit mengenai program Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort kali ke-4 :
AJK Muslimat

Qiamullail Perdana KRU dan PSS Beaufort Kali ke-4


AssalamualaikUM ^^ .. Qiamullail Perdana KRU dan PSS Beaufort kini kembali !!

Save The Date ^^ ..
24-25 mac 2012 ..

Yuran : RM4
Tempat : Masjid Pekan Beaufort .. ♥

Antara yang menarik Qiam kali ini :

1) Slot Kongsi Ilmu bertajuk 'Pria Terhebat'.. Mahu tahu siapakah dia Pria Terhebat.. Jom join!!

2) Praktikal Whuduk & Solat.

3) LDK & Modul2x menarik..


Sila daftar secara online DI SINI

Qiamullail Perdana KRU dan PSS Beaufort kali ke-3



Poster Qiamullail ke-3





Alhamdulillah .. Sekali lagi program KRU Beaufort iaitu Qiamullail Perdana KRU dan PSS Beaufort kali ke-3 telah selamat dijalankan pada 25-26 Februari 2012 di Masjid Pekan Beaufort .. Alhamdulillah juga , penyertaan sebanyak 64 orang memeriahkan lagi Qiamullail perdana KRU dan PSS Beaufort .. Semoga para sahabat yang menyertai Qiamullail Perdana KRU dan PSS Beaufort mendapat manfaat yang secukupnya dari program tersebut .. InsyaAllah :)

*Serba-serbi mengenai program Qiamullail Kali ke-3*


Tema Program Qiamullail Perdana KRU dan PSS Beaufort kali ini adalah "Di Penghujung Cinta" ..
Program ini disertai oleh tiga buah sekolah iaitu SMK Beaufort 1 , SMK Beaufort 2 dan SM ST Paul Beaufort ..  Pendaftaran telah dimulakan seawal pukul 9.00 pagi dan seramai 64 orang peserta menghadiri program pada kali ini .. Sesi pertama program ini dimulakan dengan sesi yang kebiasaannya dilakukan , iaitu sesi usrah .. Seterusnya , taklimat program dimulakan oleh Abang Hasmadi Hasbi (PSS Beaufort) setelah ceramah haji yang kebetulan dilakukan pada hari tersebut selesai .. 

Program seterusnya adalah slot ceramah yang disampaikan oleh Kakak Azlinah Awang yang berkisar " Apa ertinya saya menganut agama Islam : Saya MESTI muslim dari segi AKIDAH !" .. Seterusnya , slot tayangan video dan slot usrah bersama PSS Beaufort diadakan sebelum waktu asar menjelang tiba .. Sewaktu menunggu solat Isyak tiba , satu lagi slot ceramah bersama ustaz Syahriul mengenai Ikhtilat telah diadakan .. Selesai sahaja solat Isyak ,  Forum " Di Peghujung Cinta " pun dimulakan .. Abang Hasmadi Hasbi merupakan moderator bagi forum tersebut .. Selesai sahaja forum tersebut , slot muhasabah bersama Abang Amin yang diimport khas dari Kota Kinabalu pun bermula .. Sebelum bermulanya slot muhasabah tersebut , para peserta diminta untuk melelapkan mata mereka selama 30 minit .. Saat bermulanya slot muhasabah dari Abang Amin , Detik untuk menitiskan air mata juga turut bermula .. Alhamdulillah , slot muhasabah tersebut memberi impak yang besar kepada para peserta yang hadir .. Slot tersebut juga tamat lebih kurang pada pukul 1 pagi .. 

Followers