Ads 468x60px

Qiamullail Perdana KRU dan PSS Beaufort kali ke-3



Poster Qiamullail ke-3





Alhamdulillah .. Sekali lagi program KRU Beaufort iaitu Qiamullail Perdana KRU dan PSS Beaufort kali ke-3 telah selamat dijalankan pada 25-26 Februari 2012 di Masjid Pekan Beaufort .. Alhamdulillah juga , penyertaan sebanyak 64 orang memeriahkan lagi Qiamullail perdana KRU dan PSS Beaufort .. Semoga para sahabat yang menyertai Qiamullail Perdana KRU dan PSS Beaufort mendapat manfaat yang secukupnya dari program tersebut .. InsyaAllah :)

*Serba-serbi mengenai program Qiamullail Kali ke-3*


Tema Program Qiamullail Perdana KRU dan PSS Beaufort kali ini adalah "Di Penghujung Cinta" ..
Program ini disertai oleh tiga buah sekolah iaitu SMK Beaufort 1 , SMK Beaufort 2 dan SM ST Paul Beaufort ..  Pendaftaran telah dimulakan seawal pukul 9.00 pagi dan seramai 64 orang peserta menghadiri program pada kali ini .. Sesi pertama program ini dimulakan dengan sesi yang kebiasaannya dilakukan , iaitu sesi usrah .. Seterusnya , taklimat program dimulakan oleh Abang Hasmadi Hasbi (PSS Beaufort) setelah ceramah haji yang kebetulan dilakukan pada hari tersebut selesai .. 

Program seterusnya adalah slot ceramah yang disampaikan oleh Kakak Azlinah Awang yang berkisar " Apa ertinya saya menganut agama Islam : Saya MESTI muslim dari segi AKIDAH !" .. Seterusnya , slot tayangan video dan slot usrah bersama PSS Beaufort diadakan sebelum waktu asar menjelang tiba .. Sewaktu menunggu solat Isyak tiba , satu lagi slot ceramah bersama ustaz Syahriul mengenai Ikhtilat telah diadakan .. Selesai sahaja solat Isyak ,  Forum " Di Peghujung Cinta " pun dimulakan .. Abang Hasmadi Hasbi merupakan moderator bagi forum tersebut .. Selesai sahaja forum tersebut , slot muhasabah bersama Abang Amin yang diimport khas dari Kota Kinabalu pun bermula .. Sebelum bermulanya slot muhasabah tersebut , para peserta diminta untuk melelapkan mata mereka selama 30 minit .. Saat bermulanya slot muhasabah dari Abang Amin , Detik untuk menitiskan air mata juga turut bermula .. Alhamdulillah , slot muhasabah tersebut memberi impak yang besar kepada para peserta yang hadir .. Slot tersebut juga tamat lebih kurang pada pukul 1 pagi .. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seawal jam 3.30 pagi , para peserta dikejutkan daripada tidur untuk melakukan Qiamullail :)
Alhamdulillah .. Setelah solat subuh dan Qiamullail didirikan , satu lagi slot ceramah daripada Ustaz Awang selaku penasihat PSS Beaufort mengenai Pemuda yang dijanjikan syurga menggamit rasa seronok di hati para peserta .. Tapi , seperti sedia maklum , masa amat mencemburui kita .. Slot ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Awang hanya lebih kurang selama 45 minit sahaja .. Setelah itu , slot riadah yang dijalankan oleh ajk-ajk KRU Beaufort diadakan di luar masjid Beaufort .. Slot riadah bersama KRU mengmabil masa lebih kurang 45 minit sahaja .. 

Setiap program mesti diakhiri dengan majlis penutupan .. Dengan berlangsungnya majlis penutupan , maka 
berakhirlah PROGRAM QIAMULLAIL PERDANA KRU DAN PSS BEAUFORT kali ke-3 :)

*Gambar Kenangan Sepanjang Program*


Masjid Pekan Beaufort

Banner Qiamullail KRU Beaufort di Pintu Masuk Masjid
Sesi Usrah
Sesi permainan semasa usrah
Abang Hasmadi
Sesi Usrah bersama PSS
Sesi Taklimat
Sebahagian peserta muslimin
Salah seorang peserta memakaikan 'nametag' kepada Abang Madi

Sesi Usrah
Peserta Muslimat

Kak Azlinah

PSS

Abang Fazrin dan Abang Arsyad
Kak Miza
Kak Fiza
Kak Fienah
Aiman


Makan Tengahari
Makan Tengahari


Riadah Muslimin
Slot Ceramah bersama Ustaz Syahriul
Pengerusi KRUB (Aiman -baju merah) dan Abanga Hasmadi
Riadah Muslimat
Riadah Muslimat

Ustaz Awang

Abang Amin


Foto kenangan (bergambar beramai-ramai)




0 orang terhebat!:

Post a Comment

Followers