Ads 468x60px

Usrah gabungan Muslimin / Muslimat.

Usrah awal tahun yang dihadiri seramai 31 peserta, bertempat di Taman Tasik Beaufort pada 7 Januari 2015 ( selasa ). Naqib usrah kali ini ialah saudara Mohd Noor Syazwan Japlus :)

syukran.

MEGA QIYAM DISEMBER 2014

Poster Mega Qiyam Disember.

Alhamdulillah.
Qiamullail yang membawa tema ' The Chosen One ' pada kali ini berbeza dengan qiyamqiyam sebelum nya. Apa yang membezakan nya? Qiamullail pada kali ini dilaksanakan di Masjid Pekan Beaufort bermula pada 26-27 Disember 2014 ( Jumaat - Ahad ) 3Hari 2Malam, ahaaaa itu yang membezakannya. Buat kali pertama KRU Beaufort membuat program 3hari 2malam. macam kris pulaa kan tapi dia qiyam yah qiyam :p

Qiyam pada kali ini dihadiri seramai 30 peserta ,  dihadiri seramai 3 orang daripada KRU Papar dan 2 orang daripada KRU Bongawan lagi hadir untuk memeriahkan qiyam pada kali ini. Alhamdulillah. 

Kaunter pendaftaran Muslimin / Muslimat dan Kaunter Jualan ^^

Pendaftaran Qiamullail kali ini bermula pada jam 2 petang iaitu sesudah solat jumaat didirikan. 


Peserta Muslimin^^

Peserta Muslimat^^

Kuliah Asar ^^

Sesi bergambar sebelum Ustaz tu balik ><


Seawal 3.30 pagi , para peserta telah dikejutkan , dan seawal 4.00 pagi , qiamullail telah dijalankan dan diisi dengan beberapa Zikir sehingga waktu subuh .. Slot kuliah subuh juga telah disampaikan oleh seorang Ustaz yang tersangat hebat .. Alhamdulillah .. Selesai sahaja kuliah subuh , para peserta diarahkan untuk bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya.


LDK bersama Ustaz Awang Affazainizam :)

Riadah pagi.

Riada pagi.
Kusyuk dengar arahan hahaha.

slot pembentukan akhlak :)


LDK dalam Kumpulan.


 Kumpulan Abu Bakar :D


 Bentang jangan tidak bentang ><
Summayah ;)



Monopod krikkrik,. AJK ^^



Abang Kaka fasi dan Ajk ajk Qiamullail :)


Dalam Kenangan Mega Qiyam Disember.

Hanya gambar berbicara. Moga Allah redha, jumpa di lain program.

Takbir!












ISLAMIC SUMMER CAMP G8.0




Alhamdulillah ..
ISC telah pun berjaya dijalankan pada 12-14 disember yang lalu ..
Dan dalam ramai-ramai peserta yang hadir,
09 orang peserta merupakan ahli Kelab Remaja Ukhuwah Beaufort :) 
Alhamdulillah juga , program ini telah berjalan dengan lancar ..
 
Seperti biasa pada hari pertama para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan .. kemudian taklimat diberikan kepada para peserta .. usai sahaja solat fardu didirikan , slot ceramah dimulakan . dan segala cbaran bagi para peserta ISC pun bermula.
Di pagi yang mulia
Qiamullail berjemaah pun diadakan ..
dan .. di sinilah aktivit-aktiviti yang mncabar iman bermula..
paling best .. mestilah modul jelajah dakwah di mana semua peserta didedahkan dengan cara berdakwah .. taaruf , tafahum dan takaful .
Apa yang paling best selain daripada KEMBARA PAGI2 ..
dimana semua peserta dilepaskan berjalan sendirian untuk ke padang yang dekat dengan hutan. takut! takut dengan abang fasi yang menjaga di sepanjang jalan dengan menakutnakutkan peserta. ada yang membuat bunyibunyian dan sebagainya. tujuan? ingin tahu seberapa besar kekuatan iman kita :3
siapa tak join memang RUGI ! 
Apa yang menyedihkan?
 Mestilah lah PERPISAHAN .
Sudah lumrah hidup manusia,
setiap PERTEMUAN pasti diakhiri dengan PERPISAHAN ..

Gabungan peserta KRU Beaufort + Weston !

Nahnu Muslim!

Syukran coretan saya disini. ^^




KEM REMAJA ISLAM BEAUFORT 4.0 :)


Poster KRIS Beaufort 4.0


Alhamdulillah , Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya KRIS Beaufort 4.0 yang membawa tema ' Islam Infinity ' berjaya dilaksanakan dengan lancarnya. Kris kali ini selamat dijalankan pada 15-17 Ogos 2014 yang betempat di SMK Beaufort 1 dengan kehadiran seramai 22 orang :) 

Kenangan Kris 4.0

" Tanpa KRIS , tak mungkin wujudnya KRU di daerah Beaufort ini " 

Semoga Allah redha. syukran ^^ wallahualam ~












KEM REMAJA ISLAM BEAUFORT 3.0


MEREKA ^^
2 Jun 2013 tarikh berlabuhnya tirai Kem Remaja Islam Beaufort 3.0 ( KRIS-B 3.0 ). Alhamdulillah, segala aktiviti berjalan dengan lancar dengan bantuan para AJK dan para Fasilitator. Terima kasih kepada semua yang terlibat serta kami dari pihak PSS&KRU Beaufort menyusun jari memohon maaf jika ada kekurangan, kelemahan dan kesilapan sepanjang program.

Gambar Rasmi KRIS Beaufort 3.0


31 Mei 2013.

Bermulanya KRIS-B 3.0 yang dinanti-nantikan oleh para pencinta Ilmu di kawasan Beaufort. Bukan sahaja remaja sekitar Beaufort yang menjayakan KRIS-B pada kali ini, namun turut hadir peserta dari Bongawan, Tuaran dan juga Weston. Pendaftaran bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada waktu asar dan KRIS Beaufort pada kali ini juga dilakukan di SMK Beaufort. Tiada 1,2 atau 3. Hanya SMK Beaufort. Sesi taklimat program dimulakan sebaik sahaja solat asar berjemaah dan bacaan al-mathurat berakhir. Peserta seramai 50 orang dari kawasan Beaufort, Weston, Bongawan dan juga Tuaran mendengar taklimat dengan penuh khusyuk. Selesai sahaja sesi taklimat berakhir, Para peserta dijamukan dengan makan malam. Selesai makan malam, para peserta diarahkan untuk mengemaskan barang-barang mereka di tempat kediaman dan juga diarahkan untuk hemah diri. Para peserta juga dimaklumkan untuk berkumpul di Surau semasa waktu maghrib.

Sesi Taklimat ^^

Followers