Ads 468x60px

KEM REMAJA ISLAM BEAUFORT 3.0


MEREKA ^^
2 Jun 2013 tarikh berlabuhnya tirai Kem Remaja Islam Beaufort 3.0 ( KRIS-B 3.0 ). Alhamdulillah, segala aktiviti berjalan dengan lancar dengan bantuan para AJK dan para Fasilitator. Terima kasih kepada semua yang terlibat serta kami dari pihak PSS&KRU Beaufort menyusun jari memohon maaf jika ada kekurangan, kelemahan dan kesilapan sepanjang program.

Gambar Rasmi KRIS Beaufort 3.0


31 Mei 2013.

Bermulanya KRIS-B 3.0 yang dinanti-nantikan oleh para pencinta Ilmu di kawasan Beaufort. Bukan sahaja remaja sekitar Beaufort yang menjayakan KRIS-B pada kali ini, namun turut hadir peserta dari Bongawan, Tuaran dan juga Weston. Pendaftaran bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada waktu asar dan KRIS Beaufort pada kali ini juga dilakukan di SMK Beaufort. Tiada 1,2 atau 3. Hanya SMK Beaufort. Sesi taklimat program dimulakan sebaik sahaja solat asar berjemaah dan bacaan al-mathurat berakhir. Peserta seramai 50 orang dari kawasan Beaufort, Weston, Bongawan dan juga Tuaran mendengar taklimat dengan penuh khusyuk. Selesai sahaja sesi taklimat berakhir, Para peserta dijamukan dengan makan malam. Selesai makan malam, para peserta diarahkan untuk mengemaskan barang-barang mereka di tempat kediaman dan juga diarahkan untuk hemah diri. Para peserta juga dimaklumkan untuk berkumpul di Surau semasa waktu maghrib.

Sesi Taklimat ^^

Mesyuarat Penyelerasaan Tugas bagi Kem Remaja Islam Beaufort 3.0

Mesyuarat Penyelerasaan Tugas bagi Kem Remaja Islam Beaufort 3.0 telah dijalankan pada 12 Mei 2013 di PASTI Taman Intisubur Beaufort.
Mesyuarat Penyelerasaan Tugas bagi Kem Remaja Islam Beaufort 3.0

Mesyuarat Kali Pertama bersama PSS&KRU Beaufort dan KRU Weston.

Pada 24 Mei 2013 mesyuarat kali pertama bersama PSS&KRU Beaufort dan KRU Weston telah dilakukan di Masjid Nurul Iman, Pekan Weston. Mesyuarat ini diadakan bagi tujuan untuk melaraskan carta organisasi KRU Weston.
Sekitar jam 9.00 pagi, PSS&KRU Beaufort tiba di Masjid Nurul Iman, Pekan Weston. Mesyuarat dimulakan sekitar jam 10.00 pagi kerana pada hari tersebut, ada saudara Seislam yang telah dijemput Illahi. Solat jenazah dilakukan di Masjid tersebut kerana itulah satu-satunya masjid yang ada di Pekan tersebut.

Ziarah Mesra Bersama Remaja Sekitar Weston dan penubuhan KRU Weston

     Alhamdulillah, pada 18 Mei 2013 beberapa orang PSS&KRU Beaufort serta kerjasama dari Kelab Rakan Muda Masjid Nurul Iman Pekan Weston telah melawat anak-anak remaja di Pekan Weston, Sabah.
 
    Jam 11.00 pagi bertolak dari Beaufort dan alhamdulillah tiba di Pekan Weston pada sekitar pukul 11.30 pagi. 

Bertolak ke Weston.
Setibanya di sana, kami telah disambut oleh beberapa orang ahli Kelab Rakan Muda Masjid Nurul Iman. Kebetulan pada hari tersebut, satu karnival telah dijalankan. Maka ada antara mereka yang terlibat dalam karnival tersebut. Maka kami juga memutuskan untuk singgah sebentar di karnival tersebut. Program untuk menubuhkan KRU Weston juga ditunda selepas solat Zohor.

Qiamullail Perdana PSS&KRU Beaufort Mei 2013

      " Dasar sebuah perubahan " begitulah tema Qiamullail Perdana PSS&KRU Beaufort pada kali ini. Bertempatkan di Masjid Pekan Beaufort pada 11-12 Mei 2013 dengan peserta seramai 37 orang. Alhamdulillah. Kami bersyukur kepada Allah kerana telah menghadirkan peserta seramai 37 orang walaupun pada asalnya target kami hanya 20 orang kerana waktu promosi program kami yang hanya dibuat 2 hari sebelum program bermula. Lagi menakjubkan apabila peserta muslimin lebih ramai daripada peserta muslimat. Allahuakbar. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


     Bermula pendaftaran seawal jam 2.30 petang, kelihatan beberapa orang mulai beratur untuk mendaftar.
Pada program kali ini juga kami menerima peserta dari jauh iaitu dari SMK Weston Sipitang. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang datang dari jauh semata-mata untuk datang ke program Qiamullail ini. Semoga Allah memberkati kalian. Sesi pendaftaran selesai sebaik sahaja solat asar didirikan.

Pendaftaran muslimin

Sudut Pameran

Nadwah Kepimpinan KRU Beaufort

Assalamualaikum. Alhamdulillah, KRU Beaufort telah selamat menjalankan suatu program berkisarkan kepimpinan yang dikendalikan oleh Saudara PSS Hasmadi Hasbi. Nadwah kepimpinan ini adalah salah satu program di mana perancangannya dilakukan last-minute iaitu 2 hari sebelum program berjalan , namun dengan kuasa Allah yang Maha Esa , program ini mendapat sambutan yang agak di luar jangkaan pihak KRUB. Program ini mendapat penyertaan seramai 35 orang dan telah dilakukan di Masjid Daerah Pekan Beaufort pada 9 Februari 2013.
Pasti tertanya-tanya juga dalam diri apakan maksud 'Nadwah' itu ? Menurut yang diberitahu kepada kami , nadwah itu bermaksud mesyuarat atau program. Perkataan Nadwah ini lebih unik digunakan kerana lebih nampak spesifik dan menarik.

Followers