Ads 468x60px

Ziarah Mesra Bersama Remaja Sekitar Weston dan penubuhan KRU Weston

     Alhamdulillah, pada 18 Mei 2013 beberapa orang PSS&KRU Beaufort serta kerjasama dari Kelab Rakan Muda Masjid Nurul Iman Pekan Weston telah melawat anak-anak remaja di Pekan Weston, Sabah.
 
    Jam 11.00 pagi bertolak dari Beaufort dan alhamdulillah tiba di Pekan Weston pada sekitar pukul 11.30 pagi. 

Bertolak ke Weston.
Setibanya di sana, kami telah disambut oleh beberapa orang ahli Kelab Rakan Muda Masjid Nurul Iman. Kebetulan pada hari tersebut, satu karnival telah dijalankan. Maka ada antara mereka yang terlibat dalam karnival tersebut. Maka kami juga memutuskan untuk singgah sebentar di karnival tersebut. Program untuk menubuhkan KRU Weston juga ditunda selepas solat Zohor.
Pertemuan dengan Kelab Rakan Muda Masjid Nurul Iman, Pekan Weston.


Alhamdulillah, selepas solat zohor ditunaikan , kami meneruskan tujuan kami datang ke Weston iaitu untuk menubuhkan KRU di kawasan tersebut. Alhamdulillah juga, ramai yang terlibat dalam penubuhan KRU Weston.

Penubuhan KRU Weston dan Pengenalan apa itu PSS&KRU

Seterusnya, selesai sahaja perbincangan mengenai penubuhan KRU Weston, kami menunaikan solat Asar. Setelah solat Asar, persembahan dari KRU Weston serta sesi fotografi dijalankan.

Persembahan dari KRU Weston



sesi fotografi.

Selesai sahaja sesi fotografi, kami pun menuju ke Sipitang untuk berusrah gembira dan makan sate. ^^

Lawatan ke Pekan Sipitang.

Hari pun mahu petang, maka kami pun bergerak balik ke Beaufort. Satu hari yang penuh dengan aktiviti bermanfaat. ^^




 

0 orang terhebat!:

Post a Comment

Followers