Ads 468x60px

Mesyuarat Kali Pertama bersama PSS&KRU Beaufort dan KRU Weston.

Pada 24 Mei 2013 mesyuarat kali pertama bersama PSS&KRU Beaufort dan KRU Weston telah dilakukan di Masjid Nurul Iman, Pekan Weston. Mesyuarat ini diadakan bagi tujuan untuk melaraskan carta organisasi KRU Weston.
Sekitar jam 9.00 pagi, PSS&KRU Beaufort tiba di Masjid Nurul Iman, Pekan Weston. Mesyuarat dimulakan sekitar jam 10.00 pagi kerana pada hari tersebut, ada saudara Seislam yang telah dijemput Illahi. Solat jenazah dilakukan di Masjid tersebut kerana itulah satu-satunya masjid yang ada di Pekan tersebut.
Alhamdulillah, perginya seorang Hamba Allah mengingatkan kami semua bahawa kita semua akan pergi juga pada suatu hari nanti.
Seterusnya, selesai sahaja mereka menjalankan Solat Jenazah, kami pun memulakan mesyuarat Perlantikan Majlis Tertinggi dan Exco KRU Weston.
Seperti biasa, sedikit tazkirah dimulakan sebelum perlantikan MT dan Exco dijalankan. Setelah itu, pemahaman tentang setiap jawatan dijalankan oleh Saudara Hasmadi Hasbi.
Selesai sahaja pemberitahuan tugas tentang setiap jawatan, perlantikan jawatan pun dijalankan. Alhamdulillah, mesyuarat dan perlantikan MT serta Exco bagi KRU Weston berjaya dijalankan dengan jayanya.
PSS&KRU Beaufort bergerak kembali ke Beaufort usai sahaja solat Zohor didirikan.
Gambar Kenangan Mesyuarat KRU Weston.

0 orang terhebat!:

Post a Comment

Followers