Ads 468x60px

Qiamullail Perdana PSS&KRU Beaufort Mei 2013

      " Dasar sebuah perubahan " begitulah tema Qiamullail Perdana PSS&KRU Beaufort pada kali ini. Bertempatkan di Masjid Pekan Beaufort pada 11-12 Mei 2013 dengan peserta seramai 37 orang. Alhamdulillah. Kami bersyukur kepada Allah kerana telah menghadirkan peserta seramai 37 orang walaupun pada asalnya target kami hanya 20 orang kerana waktu promosi program kami yang hanya dibuat 2 hari sebelum program bermula. Lagi menakjubkan apabila peserta muslimin lebih ramai daripada peserta muslimat. Allahuakbar. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


     Bermula pendaftaran seawal jam 2.30 petang, kelihatan beberapa orang mulai beratur untuk mendaftar.
Pada program kali ini juga kami menerima peserta dari jauh iaitu dari SMK Weston Sipitang. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang datang dari jauh semata-mata untuk datang ke program Qiamullail ini. Semoga Allah memberkati kalian. Sesi pendaftaran selesai sebaik sahaja solat asar didirikan.

Pendaftaran muslimin

Sudut Pameran

    Selesai semua peserta mengerjakan solat asar, sesi taklimat dimulakan. Pembahagian kumpulan dilakukan habis sahaja taklimat disampaikan. Setelah itu, para peserta dihidangkan dengan makan malam yang sangat enak.

Sesi taklimat dan ice-breaking

    Habis sahaja menjamu selera, para peserta diarahkan untuk membersihkan diri sebelum maghrib menjelma. Ketika azan bergema, kelihatan para peserta sudah selesai membersihkan diri dan segera menuju ke ruang solat. Alhamdulillah. ^^

AJK paling berjasa :)

Makan malam ^^


    Usai sahaja solat maghrib, para peserta menuju ke ruang kuliah untuk mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh PSS Beaufort iaitu Kak Azlinah. Kuliah maghrib pada Qiam kali ini menceritakan mengenai pemuda Ashabul Kahfi yang telah Allah tidurkan selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Boleh baca cerita mengenai Ashabul Kahfi Di Sini

Kuliah maghrib


     Selesai sahaja kuliah maghrib disampaikan, solat Isyak didirikan secara berjemaah. Selepas solat Isyak, kuliah dasar mengenai Iman telah disampaikan oleh Imam besar Masjid Pekan Beaufort. Para peserta khusyuk mendengarnya. 

Latihan Dalam Kumpulan ataupun LDK dilakukan sebaik sahaja kuliah dasar selesai. Dalam LDK pada kali ini, modul yang disampaikan adalah mengenai perubahan. Di mana para peserta dibahagikan sekeping kertas dan melakarkan kisah hidup mereka dalam kertas tersebut.

     Habis sahaja LDK pada malam itu, para peserta dihidangkan pula dengan minum malam sebelum slot seterusnya berlangsung.

     Slot seterusnya selepas minum malam ialah Explorace malam. Explorace malam berkisarkan mengenai Perang Air ataupun water war. Di mana para peserta diberikan sebatang lilin bernyala di atas pinggan yang berair sebagai amanah mereka. Slot explorace malam amat menyeronokkan para peserta. Kelihatan kerjasama daripada setiap kumpulan agar api lilin mereka tidak mati. Mereka sangat memegang amanah yang disampaikan kepada mereka. 

Water war

Explorace :)

     Beberpa checkpoint telah dibahagikan. Beberapa checkpoint hantu turut diadakan. Yang membanggakan pada explorace kali ini , walaupun berada di checkpoint salah, para peserta tetap mengukir senyuman. Adakah itu satu perubahan buat mereka? Belajar erti redha. Wallahualam.

    Explorace tamat pada sekitar jam 12 malam. Selesai itu, slot muhasabah diri diadakan yang dikendalikan oleh PSS A.Hasmadi serta A. Azree. Slot muhasabah pada kali ini berkisarkan mengenai Ibu Bapa. Dalam slot ini juga, A.Hasmadi telah mengajar para peserta satu doa iaitu doa untuk Ibu bapa. Selesai itu, alunan zikir dikendalikan pula oleh A.Azree.

Slot muhasabah


          Slot muhasabah diri berakhir maka berakhirlah slot untuk para peserta pada hari pertama. Para Fasi serta AJK mengadakan post-mortem sebentar sebelum masuk tidur.

    Seawal jam 3.30 pagi , para peserta dikejutkan dengan alunan zikir untuk bersiap-siap menunaikan solat-solat hajat. Jam 4.00 pagi qiamullail bermula. 

Post-Mortem

    Selesai sahaja berqiamullail, solat subuh didirikan secara berjemaah setelah iqamat bergema. Usai sahaja solat subuh, para peserta diberikan rehat sebentar sebelum slot cergas-cerdas bermula.

Qiamullail.


    Slot cergas-cerdas dikendalikan oleh Saudara Aiman selaku pengarah program pada kali ini. Regangan pagi ataupun riadah dilakukan sebelum bermulanya permainan cergas-cerdas. Slot ini juga mengajar erti berkerjasama kepada setiap kumpulan. Kumpulan yang kalah akan diarahkan untuk membaca satu surah.

    Slot cergas-cerdas mengambil masa hanya setengah jam. Selepas itu, para peserta diarahkan untuk membersihkan diri sebelum sarapan pagi dan majlis penutupan.

Pengarah Qiam. Aiman.


    Selesai sahaja semua peserta membersihkan diri, sarapan pagi dihidangkan. Ukhuwwah antara mereka kelihatan jelas apabila mereka menyuapkan makanan kepada para sahabat mereka dengan gembira dan makan dalam satu talam.

Peserta menceritakan pengalaman mereka.


    Slot penutupan bermula sebaik sahaja para peserta selesai bersarapan. Slot penutupan dimulakan dengan menjemput para peserta untuk menyatakan pengalaman mereka sesudah itu pengenalan Fasi-fasi serta para AJK diadakan. Slot penutupan dilakukan hampir satu jam. Setelah itu, slot fotografi diadakan. Muka-muka ceria dipamerkan dipamerkan sepanjang sesi fotografi berlangsung. Maka dengan berakhirnya sesi fotografi, berakhirnya juga Qiamullail Perdana PSS&KRU Beaufort Mei 2013.

Qiamullail Perdana PSS&KRU Beaufort mei 2013 ^^



    InsyaAllah, ada umur jumpa lagi. Jangan lupa Kem Remaja Islam pada 31 Mei-2 Jun 2013! ^^. 

0 orang terhebat!:

Post a Comment

Followers