AJK Pendaftaran. Harap jangan keliru, mereka bukan 'kembar'. hee~ |
Pendaftaran awal peserta. |
Sepanjang sesi perkongsian ilmu berlangsung.
" THE 360' LEADER " modul yang telah disediakan oleh penceramah kami pada hari tersebut. Antara isi-isi kandungan yang terdapat dalam modul tersebut ialah ;
- 7 mitos memimpin.
- Cabaran pemimpin 360'.
- Prinsip pemimpin 360' memimpin pegawai atasan.
- Prinsip amalan pemimpin 360' memimpin rakan sejawat.
- Prinsip amalan pemimpin 360' memimpin orang bawahan.
- Nilai pemimpin 360'.
- Bonus : Wujudkan suasana yang membolehkan pemimpin 360' beraksi.
Untuk mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam tajuk-tajuk kecil tersebut , bolehlah hubungi saudara PSS Hasmadi Hasbi ditalianlaman muka buku beliau.
Sesi Kenal-Mengenali.
Sebelum kuliah dimulakan , Fasi kami mengarahkan kami untuk saling mengenali antara satu sama lain. Cara bertaaruf kami pada kali ini agak menyeronokkan apabila kami diberikan sekeping kertas , lalu diarahkan untuk menulis nama di atas kertas tersebut , dan mengarahkan orang lain untuk menulis kebaikan dan keburukan diri kami di atas kertas tersebut sewaktu sesi taaruf berlangsung.
Sesi Taaruf.* fikir , fikir ! ^^ |
Selepas sahaja sesi bertaaruf selesai , maka Fasi kami pun memulakan modul 'THE 360' LEADER'.
Cikgu kami (: |
Sepanjang sesi kuliah berlangsung. *kuliah ek. |
Masing-masing tekun mendengar kata-kata cikgu. |
'Game' 3 orang pemberita menceriakan program pada hari tersebut. Tiga orang pemberita dalam kalangan peserta menggamitkan suasana program dengan berita-berita yang pelik dan lucu.
3 orang pemberita.
Pemberita 1 |
Pemberita ke-2 |
Pemberita ke-3 |
Sebelum waktu rehat diberikan , sekeping kertas soal selidik " Inventori Minat Belajar " telah diagihkan kepada kami dan kami diarahkan untuk menjawabnya dalam masa 10 minit. Selepas 10 minit , perbincangan mengenai soal selidik pun dimulakan. Habis sahaja perbicangan dilakukan , sedikit lagi modul pengisian dilakukan lalu para peserta diberi rehat dan kembali ke bilik kuliah selesai sahaja solat Zuhur dan makan tengahari.
Makan Tengahari. |
Usai solat Zuhur dan makan tengahari, sesi fotografi diadakan.
Sesi fotografi. Gelak tawa ceria kami (: |
Program Nadwah kepimpinan KRUB telah berkakhir pada selepas penutupan dilakukan setelah solat asar dilakukan.
Nadwah Kepimpinan KRU Beaufort. |
Keseluruhannya,
Nadwah kepimpinan ini bukanlah satu program yang membosankan malah menyeronokkan. Banyak ilmu kepimpinan yang diperolehi daripada program ini. Alhamdulillah. Tidak rugi menyertainya. Semoga apa yang disampaikan dapat menjadi amalan para peserta yang datang pada hari tersebut. InsyaAllah , aaminn.
* Untuk melihat koleksi gambar Nadwah Kepimpinan , sila klik LINK INI.
Sekian sahajalah sesi perkongsian sepanjang program Nadwah Kepimpinan. Terima kasih sudi membaca. Assalamualaikum.
0 orang terhebat!:
Post a Comment