Alhamdulillah .. Sekali lagi program KRU Beaufort iaitu Qiamullail Perdana KRU dan PSS Beaufort kali ke-3 telah selamat dijalankan pada 25-26 Februari 2012 di Masjid Pekan Beaufort .. Alhamdulillah juga , penyertaan sebanyak 64 orang memeriahkan lagi Qiamullail perdana KRU dan PSS Beaufort .. Semoga para sahabat yang menyertai Qiamullail Perdana KRU dan PSS Beaufort mendapat manfaat yang secukupnya dari program tersebut .. InsyaAllah :)
*Serba-serbi mengenai program Qiamullail Kali ke-3*
Tema Program Qiamullail Perdana KRU dan PSS Beaufort kali ini adalah "Di Penghujung Cinta" ..
Program ini disertai oleh tiga buah sekolah iaitu SMK Beaufort 1 , SMK Beaufort 2 dan SM ST Paul Beaufort .. Pendaftaran telah dimulakan seawal pukul 9.00 pagi dan seramai 64 orang peserta menghadiri program pada kali ini .. Sesi pertama program ini dimulakan dengan sesi yang kebiasaannya dilakukan , iaitu sesi usrah .. Seterusnya , taklimat program dimulakan oleh Abang Hasmadi Hasbi (PSS Beaufort) setelah ceramah haji yang kebetulan dilakukan pada hari tersebut selesai ..
Program seterusnya adalah slot ceramah yang disampaikan oleh Kakak Azlinah Awang yang berkisar " Apa ertinya saya menganut agama Islam : Saya MESTI muslim dari segi AKIDAH !" .. Seterusnya , slot tayangan video dan slot usrah bersama PSS Beaufort diadakan sebelum waktu asar menjelang tiba .. Sewaktu menunggu solat Isyak tiba , satu lagi slot ceramah bersama ustaz Syahriul mengenai Ikhtilat telah diadakan .. Selesai sahaja solat Isyak , Forum " Di Peghujung Cinta " pun dimulakan .. Abang Hasmadi Hasbi merupakan moderator bagi forum tersebut .. Selesai sahaja forum tersebut , slot muhasabah bersama Abang Amin yang diimport khas dari Kota Kinabalu pun bermula .. Sebelum bermulanya slot muhasabah tersebut , para peserta diminta untuk melelapkan mata mereka selama 30 minit .. Saat bermulanya slot muhasabah dari Abang Amin , Detik untuk menitiskan air mata juga turut bermula .. Alhamdulillah , slot muhasabah tersebut memberi impak yang besar kepada para peserta yang hadir .. Slot tersebut juga tamat lebih kurang pada pukul 1 pagi ..
Alhamdulillah .. Satu lagi program Kelab Remaja Ukhuwwah Beaufort berjaya diselesaikan .. Alhamdulillah ..
Program yang diperkatakan adalah Program Ziarah Mesra KRUB ke Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort pada 6 februari 2012 .. Program ini turut dihadiri oleh Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu , para penduduk RAY Al-Aman , dan 2 orang non-muslim .. Di kesempatan ini , kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke program kami pada hari tersebut , dan terima kasih kepada ustaz Awang Mohd.Nor yang sudi datang memberi ceramah kepada kami semua .. Syukran jazilan .. Seterusnya , jutaan terima kasih kami berikan juga kepada KRUKK kerana sudi menghadiahkan KRUB 'bookmarks' .. insyaAllah , kami akan menjaga bookmarks itu dengan sebaik yang mungkin ..
Berbalik kepada program Ziarah Mesra ini , berikut merupakan tentatif program Ziarah Mesra :
7.00-8.00 am : Ketibaan & Pendaftaran
8.00-8.30 am : Ceramah Ustaz Awang
8.30-9.30 am : 'Ice Breaking' , sesi taaruf dan LDK
9.30-10.30 am : Slot bersama PSS
10.30-11.00 am : Slot Bersama KRUB
11.00-11.30 am : Minum pagi
11.30-12.30 am : Majlis penutupan , nasyid , makan dan solat zuhur
Sesi pembukaan tirai program kami dimulakan dengan nyanyian lagu nasyid yang "Rasulullah" by Hijjaz .. Setelah itui , slot ceramah bersama Ustaz Awang pun dimulakan .. Slot Ceramah daripada Ustaz Awang amatlah menarik perhatian sekali .. Slot ceramah Ustaz Awang mengandungi unsur-unsur lucu tetapi apa yang disampaikan olehnya amat berkesan dan terterap di dalam minda dan hati .. Selesai sahaja slot ceramah bersama Ustaz Awang , slot LDK pun bermula .. pada mulanya , setiap orang diarahkan untuk mencari sambungan kepingan kertas yang mereka dapat , dan kepingan kertas itulah yang menentukan ahli kumpulan mereka .. Seterusnya , sesi taaruf pun dimulakan dan yang seronoknya sesi taaruf ini , mereka disuruh melukis muka mereka sendiri lalu menukarkan kertas masing-masing kepada rakan yang lain ..
Alhamdulillah .. Program Bulatan KRU Beaufort telahpun selamat dijalankan pada 29 Januari 2012 yang bertempat di Taman Tasik Majlis Daerah Beaufort belakang Pejabat Daerah Beaufort ..
Alhamdulillah juga , program ini dihadiri oleh beberapa ahli KRU dan bukan ahli KRU dengan dibantu oleh 4 orang PSS ... 2 orang ahli PSS yang hadir pada hari tersebut merupakan ahli PSS yang pulang bercuti ..
Aktiviti pertama yang kami lakukan pada bulatan gembira ini ialah sesi taaruf .. dah memang adat setiap perjumpaan pasti akan dimulakan dengan sesi taaruf .. Sesi taaruf sempena bulatan gembira amat berbeza dengan sesi taaruf program yang lain .. Sesi taaruf sempena bulatan gembira pada kali ini ialah kami diarahkan oleh kakak Faci kami membuat satu barisan panjang .. Kemudiannya , kami diarahkan untuk berbaris mengikut tarikh hari lahir .. dari yang tua kepada yang muda tanpa bersuara .. Setiap orang yang salah barisannya akan didenda ketuk ketampi 5 kali ..