
Pada hari sebelum Kem Remaja islam Sipitang,secara kebetulan Azree,Nazrin,Aisyah dan Nurhafiza,mereka ini ahli KRU KK telah sampai di Beaufort dengan menaiki keretapi.Shazlin selaku KRU Beaufort telah menjemput mereka dengan di susuli oleh Abang Hasmadi untuk membawa kami semua usrah di Taman Tasik Beaufort.Kami menaiki kereta Unser abang Hasmadi menuju ke destinasi tapi sebelum itu,Abang Hasmadi membeli sedikit jamuan ringan sebagai santapan semasa usrah.
Selepas siap membeli,kami terus menuju ke tempat yang sepatutnya.Sesampai di sana,kami terus ke tempat yang menjadi kebiasaan Usrah PSS&KRU Beaufort.Abang Hasmadi,Azree dan Nazrin sibuk membuka dan membahagikan santapan kepada muslimat.Masa itu jua,ustaz Karim sampai di Taman.Selepas itu,kami semua makan dengan penuh senyuman di sebabkan pertemuan yang tidak di sangka itu.