Ads 468x60px

KEM REMAJA ISLAM BEAUFORT 3.0


MEREKA ^^
2 Jun 2013 tarikh berlabuhnya tirai Kem Remaja Islam Beaufort 3.0 ( KRIS-B 3.0 ). Alhamdulillah, segala aktiviti berjalan dengan lancar dengan bantuan para AJK dan para Fasilitator. Terima kasih kepada semua yang terlibat serta kami dari pihak PSS&KRU Beaufort menyusun jari memohon maaf jika ada kekurangan, kelemahan dan kesilapan sepanjang program.

Gambar Rasmi KRIS Beaufort 3.0


31 Mei 2013.

Bermulanya KRIS-B 3.0 yang dinanti-nantikan oleh para pencinta Ilmu di kawasan Beaufort. Bukan sahaja remaja sekitar Beaufort yang menjayakan KRIS-B pada kali ini, namun turut hadir peserta dari Bongawan, Tuaran dan juga Weston. Pendaftaran bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada waktu asar dan KRIS Beaufort pada kali ini juga dilakukan di SMK Beaufort. Tiada 1,2 atau 3. Hanya SMK Beaufort. Sesi taklimat program dimulakan sebaik sahaja solat asar berjemaah dan bacaan al-mathurat berakhir. Peserta seramai 50 orang dari kawasan Beaufort, Weston, Bongawan dan juga Tuaran mendengar taklimat dengan penuh khusyuk. Selesai sahaja sesi taklimat berakhir, Para peserta dijamukan dengan makan malam. Selesai makan malam, para peserta diarahkan untuk mengemaskan barang-barang mereka di tempat kediaman dan juga diarahkan untuk hemah diri. Para peserta juga dimaklumkan untuk berkumpul di Surau semasa waktu maghrib.

Sesi Taklimat ^^





Makan Malam

Nyanyian lagu tema
Selesai sahaja solat maghrib berjemaah, para peserta diarahkan untuk  menuju ke Dewan SMK Beaufort untuk mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Imam Muda Ali Khairuddin. Para peserta sangat tekun mendengar kuliah mereka yang pertama pada KRIS Beaufort 3.0.

Waktu Isyak pun tiba, kuliah maghrib pun tamat. Para peserta digesa ke Surau untuk menunaikan solat Isyak berjemaah. Alhamdulillah. Semua peserta mendengar arahan dengan baik.

Selesai sahaja solat Isyak berjemaah, para peserta diarahkan semula untuk ke dewan.Kuliah dasar bertajukkan Aqidah telah dijalankan selama lebih kurang 2 jam. Selesai sahaja kuliah dasar , para peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan kemudian diarahkan untuk mengenali antara satu sama lain. Seterusnya , para peserta dihidangkan dengan minum malam yang enak. Sebelum para peserta diarahkan untuk menuju ke tempat penginapan, bacaan doa dilakukan. Selesai sahaja bacaan doa, para peserta diarahkan untuk terus menuju ke tempat penginapan masing-masing.

Pengenalan Fasilitator

Kuliah dasar




1 Jun 2013.

Seawal jam 3.30 pagi, para peserta dikejutkan untuk menunaikan Qiamullail berjemaah. Selesai sahaja berQiamullail, para peserta diarahkan untuk tidur sebentar sementara menunggu waktu solat subuh. Kedengaran sahaja solat subuh bergema, para peserta diarahkan bangun dan menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai sahaja solat subuh, kuliah subuh pun diadakan. Kuliah subuh berakhir, LDK ataupun latihan dalam kumpulan diadakan. Lepas LDK, sesi riadah pula dilakukan. Terpampang wajah kegembiraan mereka bermain belon pada pagi hari. Kerjasama yang diberikan oleh para peserta dengan para fasilitator amat membanggakan.



Selesai beriadah, para peserta diberikan masa untuk hemah diri. Selepas hemah diri, para peserta disajikan pula dengan sarapan pagi. Sarapan pagi membekalkan tenaga kepada para peserta untuk mendengar kuliah dasar yang seterusnya iaitu mengenai ibadah. 2 jam berlalu, kuliah dasar pun tamat. Lalu, para peserta diberi rehat sebentar dan dipecahkan dalam kumpulan untuk aktiviti seterusnya, iaitu bermain layang-layang. Keseronokan para peserta bermain layang-layang bersama sahabat-sahabat baru menjadikan KRIS Beaufort 3.0 pada kali ini amat meriah. Selesai sahaja bermain layang-layang, para fasilitator mengambil sedikit masa membincangkan mengenai aktiviti mereka bermain layang-layang.

Riadah Muslimat ^^


Sesi Riadah ^^


Aktiviti Layang-layang ^^


Selesai sahaja aktiviti tersebut, para peserta diisikan pula dengan minum pagi. Seterusnya, kuliah dasar mengenai akhlak pula disampaikan. Masa yang diambil untuk kuliah dasar adalah dalam setengah jam lebih, setelah itu Qailullah pun dijalankan. Ketika azan Zohor berkumandang, para peserta diarahkan bangun dan mengambil wudhu lalu menunaikan solat Zohor berjemaah.

Makan tengahari dilakukan selepas solat zohor selesai. Setelah itu, slot bersama KRU pula diadakan. Slot bersama KRU hanya mengambil beberapa minit sahaja. Selesai slot bersama KRU, para peserta diberikan taklimat mengenai Malam Mengukir Bintang yang bertemakan “ Oh , My Iman ! “. Selepas taklimat diberikan , para peserta diarahkan untuk masuk ke kumpulan masing-masing untuk membincangkan mengenai persembahan mereka. Ada yang mahu membuat lakonan, bersajak dan ada yang membuat flashmob.



Mereka diberikan masa berbincang sehingga waktu asar. Selepas solat asar ,minum petrang diberikan sebelum  satu aktiviti yang mencabar minda dan kesabaran berlangsung, iaitu aktiviti KAMI YANG BERSALAH ataupun lebih dikenali sebagai sesi perdebatan. Macam-macam ragam yang para peserta berikan sepanjang perdebatan berlangsung. Pihak sana menyalahkan pihak sini, dan pihak sini menyalahkan pihak situ sehinggalah kehangatan dalam dewan perdebatan semakin terasa. Akhir aktiviti, salah seorang dari setiap kumpulan diminta keluar untuk melihat siapa sebenarnya yang bersalah dalam Laptop. Mereka diarahkan untuk berdiri di depan laptop dan imej yang terhasil adalah diri mereka sendiri. Konklusinya, diri sendiri yang salah.
Sesi perdebatan

Lihat imej diri sendiri ^^


Sesi debat

Semangat para peserta semakin kelihatan untuk menempuhi aktiviti seterusnya dalam KRIS Beaufort 3.0 ini selepas sesi perdebatan berlangsung.Seperti biasa, para peserta diarahkan untuk hemah diri dan menunaikan solat maghrib. Usai solat maghrib, makan malam pula dihidangkan. Setelah itu, para peserta diarahkan untuk ke surau sementara menanti azan Isyak.

Malam mengukir bintang diadakan selepas solat Isyak didirikan. Para panel terdiri daripada seorang fasilitator muslimat , seorang AJK dan juga Kem Komandan muslimin. Macam-macam ragam yang terlihat sewaktu Malam Mengukir Bintang. Ada peserta yang malu-malu, ada yang semangat dalam berlakon, ada yang bersajak, ada juga yang melakukan muhasabah. Sungguh, Malam Mengukir Bintang ini berjalan dengan lancar dengan bantuan para peserta yang sporting-sporting belaka.

Barisan panel hakim

Malam Mengukir Bintang ^^


Persembahan Flash Mob ^^



Selesai sahaja Malam Mengukir Bintang, para peserta seperti biasa diberi minum malam sebelum satu lagi aktiviti yang sangat ditunggu-tunggu dijalankan, iaitu Malam Muhasabah Diri.

Pada kali ini, aktiviti ini dijalankan lain daripada yang lain.  Muhasabah Diri pada kali ini diberikan checkpoint.Di mana Malam Muhasabah Diri pada kali telah diberikan 3 checkpoint. Checkpoint yang pertama, diadakan di surau. Di mana checkpoint ini menunjukkan dua orang si pemabuk dan seorang yang  baik. Salah seorang si pemabuk adalah sahabat kepada si baik. Lakonan mantap daripada para fasilitator mengalirkan rasa gerun kepada para peserta. Checkpoint yang kedua pula, para peserta dikejutkan dengan kejadian dalam alam kubur. Para peserta kelihatan lebih gerun, takut dan air mata mengalir deras sehingga ada peserta yang tidak sanggup melihatnya. Checkpoint yang terkahir berlaku di dewan kuliah. Di mana checkpoint ini adalah checkpoint muhasabah diri. Mengenang kembali apa yang kita lakukan pada setiap hari. Sebelum malam muhasabah dijalankan, para [eserta diarahkan untuk tutup mata dan mata hanya dibuka setelah sampai di checkpoint yang ditetapkan. Dalam sekitar jam 12.30 malam, malam muahsabah diri berakhir. Para peserta bersalam-salaman dan ada juga yang mengalirkan air mata kesedihan kerana malam itu adalah malam terakhir mereka berada di KRIS Beaufort 3.0. Selesai sahaja sesi salam bersalaman, para peserta diberikan arahan untuk tidur.

Malam Muhasabah


3 Jun 2013.

Hari terakhir berprogram KRIS Beaufort 3.0.  Seperti biasa para peserta dikejutkan untuk berQiamullail dan Solat subuh. Selesai solat subuh, taklimat untuk explorace diadakan. Pada explorace kali ini, para peserta diberikan beberapa checkpoint dan para peserta diminta untuk melengkapkan kepingan kertas yang dicerai-ceraikan.



Sesi explorace juga berjalan dengan lancar. Semangat para peserta untuk melengkapkan kepingan kertas itu kelihatan walaupun rasa penat menguasai mereka. Selesai sahaja sesi explorace, para peserta diarahkan untuk hemah diri dan bersarapan pagi. Selepas bersarapan pagi, raptai untuk majlis penutupan dilakukan. Selain itu, slot resolusi juga dijalankan.

Majlis penutupan seperti biasa dimulakan sebaik sahaja perasmi tiba. Nyanyian lagu Asma-Ul Husna sebagai pembuka majlis serta nyanyian lagu tema. Setelah itu, bacaan doa dijalankan. Selepas bacaan doa, ucapan dari wakil peserta, pengarah program dan akhir sekali perasmi KRIS Beaufort 3.0 pula dilakukan. Usai sahaja perasmi merasmikan KRIS-B 3.0, penyampaian hadiah serta gimik penubuhan KRU Weston diadakan. Setelah majlis penutupan berakhir, para peserta diarahkan untuk solat zohor dan berkumpul kembali di dalam dewan untuk sesi terakhir, iaitu bacaan doa wehdah dan salam perpisahan.


Penyampaian hadiah ^^


Doa wehdah


Sampai di sini sahaja diari KRIS-B 3.0. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang! InsyaAllah ^^


^_^
Full album : sila klik DI SINI.


0 orang terhebat!:

Post a Comment

Followers