
MEREKA ^^ |
2 Jun 2013 tarikh berlabuhnya tirai Kem Remaja Islam Beaufort 3.0 ( KRIS-B
3.0 ). Alhamdulillah, segala aktiviti berjalan dengan lancar dengan bantuan
para AJK dan para Fasilitator. Terima kasih kepada semua yang terlibat serta
kami dari pihak PSS&KRU Beaufort menyusun jari memohon maaf jika ada
kekurangan, kelemahan dan kesilapan sepanjang program.
Gambar Rasmi KRIS Beaufort 3.0 |
31 Mei 2013.
Bermulanya KRIS-B 3.0 yang dinanti-nantikan oleh para pencinta Ilmu di
kawasan Beaufort. Bukan sahaja remaja sekitar Beaufort yang menjayakan KRIS-B
pada kali ini, namun turut hadir peserta dari Bongawan, Tuaran dan juga Weston.
Pendaftaran bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada waktu asar dan KRIS
Beaufort pada kali ini juga dilakukan di SMK Beaufort. Tiada 1,2 atau 3. Hanya
SMK Beaufort. Sesi taklimat program dimulakan sebaik sahaja solat asar
berjemaah dan bacaan al-mathurat berakhir. Peserta seramai 50 orang dari
kawasan Beaufort, Weston, Bongawan dan juga Tuaran mendengar taklimat dengan
penuh khusyuk. Selesai sahaja sesi taklimat berakhir, Para peserta dijamukan
dengan makan malam. Selesai makan malam, para peserta diarahkan untuk
mengemaskan barang-barang mereka di tempat kediaman dan juga diarahkan untuk
hemah diri. Para peserta juga dimaklumkan untuk berkumpul di Surau semasa waktu
maghrib.
Sesi Taklimat ^^ |