Ads 468x60px

KEM REMAJA ISLAM BEAUFORT : satu sinar baru buat remaja Beaufort

 
 


Kem Remaja Islam (KRIS) 2011 merupakan kem yang menjalankan aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembentukan sahsiah khusus untuk remaja muslim di Sabah. KRIS telah diadakan di beberapa tempat seperti di Kota Kinabalu, Ranau, Sipitang, Tuaran dan kota Belud.  Dan buat julung-julung kalinya pada tahun ini diadakan di daerah Beaufort.



Tuan Rumah pertama untuk KRIS BEAUFORT 2011 adalah SMK BEAUFORT. Pihak sekolah melalui Ustazah Shaidah dan PK HEM sekolah, Cikgu Awang Dani berbesar hati memberikan sokongan untuk menjalankan KRIS kali pertama di SMK BEAUFORT.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk mendalami, memahami serta mempratikkan cara hidup berlandaskan Islam (Islam is the way of life) dengan menekankan tiga elemen penting iaitu AKIDAH, IBADAH, dan AKHLAK.



Sambutan peserta daripada  5 buah sekolah sekitar Pekan Beaufort, SMK BEAUFORT, SMK BEAUFORT 2, SMK BEAUFORT 3, SM ST PAUL dan SMA BEAUFORT ternyata memberangsangkan. Seramai  64 orang peserta menyertai KRIS kali ini.

Ternyata, program selama 3 hari 2 malam dirasakan cukup pantas berlalu. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti kuliah ilmu, Smart Circle (LDK) bersama fasilitator daripada Persatuan Siswazah Sabah (PSS), Rekreasi Minda (debat : isu gejala sosial), Qiamullail, Slot Muhasabah, Explorace dan Pengenalan Kelab Remaja Ukhwah. Rata-rata peserta selepas program memberi respon yang cukup baik dan menyatakan KRIS banyak memberi kesedaran, mengeratkan ukhwah sesama peserta mahupun fasilitatator, menambah pengalaman dan kefahaman mereka tentang ISLAM.
Makan bersama-sama di dalam talam :)



LDK di surau SMK Beaufort :)

LDK para muslimin bersama fasilitator :)


LDK para muslimat bersama fasilitator :)


LDK di luar dewan bersama fasililtator :)



Explorace :)
Di akhir program, sebuah langkah pertama telah berjaya dimulakan. Iaitu dengan penubuhan Kelab Remaja Ukhwah (KRU) Beaufort. Hasil undian dan persetujuan peserta, organisasi KRU Beaufort telah dilantik dan Pengerusi KRU Beaufort yang pertama adalah Adik Aiman Bin Aliming (SMK BEAUFORT). Penubuhan KRU ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan peserta-peserta KRIS dan memulakan aktiviti pengisian ilmu agama, kemasyarakatan, organisasi kepada remaja sekitar Beaufort.

Di harap dengan segala usaha dan pengalaman yang telah dicurahkan dan dirasai sepanjang KRIS serta penubuhan KRU Beaufort ini akan mampu membantu kita membentuk generasi remaja muslim yang cintakan Islam dan berakhlak dengan akhlak muslim. Moga segala usaha kita diredhai ALLAH. Moga ikatan ukhwah sesama kita, semakin mekar dari hari ke hari, kerana kita beriman dengan sebuah Hadis Rasulullah SAW  :
“Tidak sempurna keimanan seseorang Muslim, jika ia tidak mencintai saudaranya seperti mana ia mencintai dirinya sendiri”
Bergambar kenangan bersama Peserta KRIS dan Para PSS

Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah, para ajk pelaksana, para fasilitatator daripada PSS, dan terutama sekali kepada para peserta yang telah berjaya mencipta sinar baru buat diri mereka. Terima kasih daun keladi, panjang umur kita jumpa lagi.
 

0 orang terhebat!:

Post a Comment

Followers