Ads 468x60px

"Flash Mob Save Gaza"

Assalamualaikum W.B.T
Flashmob Save Gaza dari kami PSS dan KRU Beaufort
      Alhamdulillah. PSS dan KRU Beaufort telah selamat menjalankan program Flashmob Save Gaza pada 4.12.2012 di depan pasar Beaufort , Sabah dengan dihadiri seramai 10 orang ahli KRU-B.
Latihan Flashmob
    Seawal jam 7.30 pagi , semua ahli KRU-B telah berkumpul di Masjid Pekan Beaufort untuk menjalankan sesi latihan sebelum Flashmob bermula. Pelbagai aksi dan ragam yang ditunjukkan sewaktu latihan bermula. Selain itu , pelbagai idea yang muncul dari setiap ahli KRU-B ketika sesi latihan berlangsung. Ustaz Syahriul selaku Pengerusi PSS Beaufort telah mengetuai Flashmob pada kali ini.
Semangat muslimah KRUB :)

Mujahidah :)

Kami bakal berjuang :)

Siap sedia untuk berkorban ! ^^
    Selesai sahaja sesi latihan berlangsung , kami , ahli KRU-B telah bergerak ke lokasi Flashmob bersama Ustaz Syahriul. Dalam jam 10.00 pagi kami tiba di tempat berlangsungnya Flashmob dan keadaan pasar pada waktu itu kelihatan lenggang dari orang ramai.Walau bagaimanapun , semangat untuk membuat Flashmob tetap wujud di sanubari setiap ahli KRU-B.  Dengan tidak melengah-lengahkan masa , setiap ahli KRU-B segera menyediakan bahan-bahan Flashmob. Selepas sahaja bahan-bahan untuk flashmob diletakkan di posisi yang menarik , Ustaz Syahriul selaku ketua kami pada waktu itu mengetuai bacaan doa.
Di tempat lokasi :)


Persiapan mengambil tempat masing-masing .
     Selepas bacaan doa selesai , kami mengambil tempat masing-masing. Tidak kami sedari sama ada ramai ataupun tidak penonton yang melihat Flashmob tersebut. Yang pasti , kami tetap dengan niat kami kerana Allah dan demi menyelamatkan Palestina Tercinta.
    Dalam jam 10.30 pagi , flashmob kami pun selesai. Alhamdulillah , tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Sesungguhnya Allah membantu kami pada hari tersebut. Alhamdulillah. 
Inilah kami ! ^^
    Sekian sahajalah laporan Flahsmob Save Gaza PSS dan KRU Beaufort. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Jom ! Free Gaza ! ^^
" Apa yang baik datangnya dari Allah , dan yang buruk itu datangnya dari diri kami sendiri .. "

2 orang terhebat!:

Followers