Ads 468x60px

Kem Muzikal Anak Soleh !

Button KMAS :D






Alhamdulillah ,
Kem Muzikal Anak Soleh telahpun berlangsung dari 30/11/2011-1/01/2012 bertempat di Kementerian Belia dan Sukan , Putatan ..

"berkongsi pengalaman itu indah"

Akan dikongsikan juga kepada semua beberapa coretan mengenai KEM MUZIKAL ANAK SOLEH :)

Nurdiyanah Afiqah binti Noraman


Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

                Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah kerana Allah telah memilih ana untuk menjadi salah seorang hambanya yang berpeluang merasai nikmat terbesar dan teragung iaitu IMAN. Alhamdulillah juga kerana Allah telah mentakdirkan ana untuk lahir dalam Islam, agama yang teramat indah, agama yang mentarbiyyah penganutnya dalam semua aspek kehidupan. Pada 30 Disember hingga 1 Januari yang lalu, Alhamdulillah ana telah berpeluang menyertai satu program yang hebat, mantap dan gempak tak terkata. Program ini diberi nama Kem Muzikal Anak Soleh. Slogan kami sepanjang program pula adalah “kami anak soleh! Amin, ya Allah!”, subhanAllah, doa yang sangat indah. Semoga termakbul.

                Program ini amat santai namun banyak pengisian. Program ini telah membuka mata ana akan pengorbanan ibu bapa terhadap anak mereka dan betapa pentingnya kita menghormati ibu bapa kita kerana tidak mungkin kita dapat membalas segala pengorbanan mereka terhadap kita. Memandangkan ibu bapa adalah isu yang sensitif, sepanjang 3 hari 2 malam ana menyertai program itu ana menangis. Tapi tidak apa, ana menangis untuk kebaikan dan insyaAllah dikurniakan pahala. Janganlah kita menangis untuk sesuatu yang sia-sia kerana Islam melarang umatnya melakukan perkara yang sia-sia.

                Notasi pertama iaitu “destinasi cinta” amat menyentuh sanubari ana. Hal ini kerana kuliah ini mengajar ana erti sebenar cinta terhadap Allah dan rasulullah saw. MasyaAllah, besarnya nikmat mencintai Allah dan rasulullah saw  itu tidak terkata. Cinta Allah dan rasulullah saw terhadap kita pula amat hebat, amat agung, tidak akan ada cinta yang dapat menandingi cinta Allah dan rasulullah saw terhadap kita. Namun, manusia akhir zaman terlalu sedikit yang bersyukur dan terlalu ramai yang meletakkan dunia sebagai matlamat utama mereka sedangkan menurut hadis rasulullah saw, apabila kita mencelup hujung jari kita dalam lautan, bahagian jari kita yang basah itu diibaratkan sebagai dunia manakala seluruh lautan itu diibaratkan sebagai akhirat. Jelaslah bahawa kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang paling agung.

                Notasi 2 pula iaitu “permataku” telah memupuk kesedaran ana tentang betapa utuhnya kasih saying ibu bapa terhadap anaknya. Kami telah didedahkan dengan gejala sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja dalam kuliah ini. Kemudian kami telah diperlihatkan satu video yang bertajuk “no father is perfect” di mana video ini pada pendapat ana telah mengajar kami hakikat kasih sayang seorang ayah, yang sanggup berkorban walaupun terpaksa membahayakan nyawa sendiri. Kami juga telah diberitahu bahawa pahala akan berterusan selepas seorang manusia melangkah kea lam barzakh adalah ilmu yang disampaikan, sedekah yang diberikan dan doa anak soleh. SubhanAllah, betapa besarnya peranan anak dalam menjamin kesejahteraan ibu bapa di alam barzakh. Terbit kesedaran dalam diri ana sewaktu mendengar ceramah yang disampaikan lalu air mata pun membasahi pipi ana. Secara tidak langsung ana telah memuhasabah diri ana semasa mendengar ceramah itu, Alhamdulillah.
                Notasi 3 yang bertajuk “anak soleh pasti boleh” telah mentarbiyyah kami untuk menjadi seorang anak yang soleh dan seorang hamba Allah yang sejati. Kami telah diajar konsep DADA, iaitu “dialah awal, dialah akhir”. MasyaAllah, indahnya konsep ini di mana konsep ini meletakkan Allah sebagai tujuan awal dan tujuan akhir kita. Kami telah diajar untuk meminta keizinan Allah sebelum melakukan semua perkara dalam hidup kita, dan setelah kita selesai melakukan setiap perkara ucaplah Alhamdulillah. Apabila ditimpa musibah pula kita harus mengucap Alhamdulillah kerana setiap yang Allah takdirkan ke atas diri kita pasti ada kebaikan atau hikmahnya, sama ada kita menyedarinya mahupun tidak.

                Sebelum berpisah pula ada seorang ayah peserta telah dijemput untuk berucap di hadapan. Semasa beliau berucap bukan anak-anaknya sahaja yang menangis, malah peserta dan fasilitator yang baru mengenali beliau juga turut menangis mendengar harapan beliau terhadap anak-anak beliau. Peristiwa itu masih segar dalam ingatan ana dan akan ana pahat dalam hati ana sebagai bukti keutuhan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.

                Aktiviti lain seperti qiyamullail dan riadah juga telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sanubari ana. Cara peserta bertaaruf juga mempunyai kelainan yang amat menarik. Kenangan ana yang paling manis adalah apabila ana teresak-esak menulis doa untuk ibu bapa ana, doa itu lahir dari lubuk hati ana yang paling dalam dan doa itu telah menjadi bacaan ana setiap kali selepas solat. Semoga doa itu dimakbulkan Allah swt.

                Harapan ana agar program seperti ini akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan kelak. Maklumlah, kita sebagai umat akhir zaman berada dalam keadaan yang amat rapuh, bagaikan telur di hujung tanduk. Oleh itu, telah menjadi kewajipan kita untuk menyebarkan tarbiyyah islamiyyah yang indah kepada saudara seIslam dan juga yang bukan Islam menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai. Buat semua yang telah menjayakan program ini, ana ucapkan syukran kerana telah memberikan ana satu pengalaman yang luar biasa dan insyaAllah menjadi antara kenangan terindah ana sepanjang hayat. Semoga istiqomah. Ingatlah bahawa antara harta yang paling berharga dalam kehidupan ini adalah anak soleh. Allahu’alam.




 Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.Syukur kepada Tuhan yang esa,pencipta kejadian.Nama saya Mohd.Shazlin Bin Jualin dan tahun ini sudah pun berumur 17 tahun,serta bersekolah di SMK. Beaufort sekolah Impian yang terletak di daerah Beaufort,berada di atas bukit yang rendah,Bertepatan pada 30 disember 2011 hingga 1 januari 2012.Aku mengikuti Sebuah program yang dinamakan oleh Syarikat Quest Solution Training & Consultancy,sebuah syarikat dan organisasi yang masih baru tapi sedaya upaya untuk mengadakan Kem Muzikal Anak Soleh.Pada mulanya,hanya aku dan seorang lagi rakan mengikutinya,tapi selepas aku memujuk kawan-kawan yang lain,jumlah kami menjadi 6 orang,Mohd.Zulazrul,Norfarain,Norhaslinda,Nurul Hidayah dan Nurdiyanah serta aku sendiri.

         Di pendekkan cerita,pada mulanya kami dikatakan bertolak pada waktu pagi,tapi disebabkan sedikit kesulitan,Imam Muda Ali terpaksa menghantar kami selepas selesai solat jumaat.Aku bertolak ke rumah Imam Muda kira-kira jam 1.30 petang,disana kelihatan sebuah van dan didalam ada Norfarain serta ibunya sekali,kenderaanku berhenti di depan rumah Imam Muda.Tak ada pula sebuah kereta pun disana,aku menoleh ke arah jalan raya ada kereta kawan-kawanku,mereka dah sampai dan cukup semuanya 6 orang.

          Cemas mula terasa apabila orangnya tak kunjung tiba,aku menelefon Imam Muda tapi berkali-kali aku dan seorang rakan melakukannya,tak disambut langsung.Menghubungi Abang Hasmadi bertanyakan tentang Imam Muda dan selepas itu lega terasa kerana kelibat kereta Imam Muda  berjenama Unser terlihat beserta 2 orang penumpang.Menyalam mamaku dan Imam mengajak kami ke surau untuk menunggu sebentar,berbual semetara Imam Muda bersiap.

         Kami disuruh untuk masuk ke kereta tapi terlebih dulu menyusun beg di belakang kereta dan aku duduk di tempat duduk depan bersebelahan Imam Muda dan di tempat duduk kedua diduduki oleh Mohd.Zulazrul dan Nurul Hidayah tapi ditengah mereka ada beg sebagai hijab.Di belakang pula ada Norfarain,Norhaslinda dan Nurdiyanah.Bertolak dengan melalui jalan Limbawang ke Putatan serta ketika dalam perjalanan,aku berbual dengan Imam Muda berkenaan politik,kariernya,masa lalu di sekolah dan lain-lain.Singgah sebentar di stesen minyak Shell,Imam Muda ke kaunter dan orang ramai melihatnya dengan tercengang dan tak terkelip mata.

         Dalam itu,aku memberi dua bungkus kekacang murah kepada rakan wanita di belakang,satu bungkus kekacang dikongsi bersama dengan Zulazrul dan Imam Muda.Bertolak dan melalui pesisir pantai warna kebiruan kami makan bersama.Perbualan aku bersama dengan Imam Muda bertambah rancak apabila sampai ke topik agama,bertanyakan tentang zakat,mazhab,dua cabang ilmu Islam,haji dan sebagainya.Masuk ke jalan KK lama dalam keadaan cuaca hujan menikmati pemandangan hijau padi yang tengah masak,kulit tubuh terasa kesejukan penghawa dingin.Imam memberitahuku berkenaan dengan agama Kristian di Sabah,di tepi jalan yang kami ditunjukkan tempat dakwah agama Kristian secara halus,St.Paul's Chapel dan sebuah bangunan lagi.

      Selekoh tajam diharungi dan sesampai juga di jalan besar bersaksikan tepian pantai biru.Cuaca sejuk dan hendak memasuki waktu fardhu Asar.Selepas berhempas pulas melalui blok rumah dan surau Al-Hidayah serta kawasan perumahan,sampai di depan Kompleks Sukan dan Belia Putatan,disitu hidup di Kem Muzikal telah bermula.Asar dah tiba serta mengangkat beg ke dalam,terlihat beberapa orang berbaju kot hitam.Tiba dekat kaunter pendaftaran,kawan wanitaku memeluk kakak Khairunisa dan terdetik di hati nak memeluk abang Amin apabila dia kelihatan.Sambil memelukku,dia ada berkata suara yang rendah,

         "Alhamdulillah,inilah orang yang hebat".

         Berbual seketika dan tanpa mendaftar kami bergegas menunaikan solat Asar,terdengar akan Iqamat dan seperti rusa masuk kampung,tak keruan mana surau dan berjalan ke kanan terus ternampak dah tempatnya.Berwuduk dan solat,rakaat terakhir bahu kanan ditepuk bermakna aku menjadi imam sebentar.Selesai saja solat baruku tahu Imam Muda menjadi makmumku dan bergegas keluar ternampak pula Abang Umar,menyapanya sambil berbual.Bergerak kaunter pendaftaran dan duduk untuk mendaftar,di hadapanku Kakak Nursuhaila dan di hadapan Zulazrul pula,Kakak Siti Nurhidayah  serta kami mendapat cadar kain berwarna warni dan dibagi akan resit oleh Kakak Nurhidayah (resit pembayaran itu masih disimpan kemas lagi).Diberinya kami sesuatu,aku tahu walaupun kecil tapi bermakna bagi aku dan mereka,di minta untuk menggunakannya lencana Kem Muzikal Anak Soleh.(Lencana itu pun masih disimpan).

        Selepas itu,kami menunggu Abang Umar untuk membawa kami ke bilik penginapan kami,Asrama Wirawan.Dengan beg kami berjalan dan tiba di bilik bertulisan W6,meletakkan beg dan aku memilih katil bahagian bawah berdekatan tingkap.Ke bilik kuliah dan berjumpa dengan Abang Azrin,Azree dan Nazree.Peserta semasa ISC dan aku duduk didepan sekali sambil berbual dengan mereka.Abang Umar dan kakak Khairunisa memberi sepatah  kata dan di minta kami balik ke bilik untuk berehat tapi jam 5.30 balik ke dewan kuliah.Baruku tahu aku dan Zulazrul sebilik dengan Azrin,Azree dan Nazree.

          Setelah masanya,di dewan kuliah Abang Arif Ainuddin memberitahu kami akan kelewatan kesediaan makan malam sambil mengambil telefon kami untuk disimpan disebabkan keselamatan dan kami pun pergi mandi serta bersiap,harus kami ke surau pula selepas itu,selepas solat maghrib berjemaah beserta sunat.Abang Arif membari ceramah ringkas berkenaan kita semestinya buat sesuatu dengan lebih baik dari yang diminta.Melangkah ke kantin untuk makan malam yang pertama di situ.Makanan yang disediakan adalah nasi putih,sayur kobis campur sedikit telur separuh goreng,ikan berempah campur tomato,daging masak kicap,buah tembikai dan air kosong serta sirap sejuk.

          Setelah selesai,berehat sambil berbual dan ke surau semula,terlihat kami akan latihan tae-kwan-do.Imam Muda yang menjadi Imam solat Isya berjemaah.Selesai saja solat sunat,Abang Amin berkata sebentar  dengan pengisian ringkas berkenaan istighfar dan selanjutnya menjemput Prof.Madya Arif Ainuddin bin Mohd.Razali dan ada tazkirah diberi. Kami bersama bergerak dewan,di sana dilihat kami akan cahaya gelap diirangi kerlipan cahaya lampu beserta sinar leser hijau bergemerlapan.Selepas itu,ditayangkan video kebesaran dan kepelbagaian ciptaan di alam semesta beserta klip video pengenalan para abang dan kakak.

           Tak cukup lagi dengan itu,dimulai kakak Khairunisa dengan alunan lagu ciptaannya tapi dengan melihat skrip,kakak Norsuhaila berserta kata-kata cinta jiwangnya,Abang Hasmadi pengenalannya biasa dan akhir sekali duet sekali abang Umar,Amin dan Arif dengan lagu rap,Imam Muda Ali dengan lagu nasyidnya,mereka memperkenalkan diri kecuali beberapa orang.Setibanya masa wajib "Ice-Breaking" dan dengan beberapa sesi yang permainan yang menarik.Abang Yahya Mahyuddin menjadi pengacara sesi suai kenal malam itu.Menyusun kerusi ke tepi dan mesti kami tak berbunyi mulut,di arah berkumpul dengan warna baju,warna mata,saiz kasut,huruf nama yang awal dan lain-lain lagi.

          Pembahagian kumpulan menjadi agenda seterusnya,satu kumpulan bersamaan empat orang tapinya pula setelah berkumpul mengikut kesukaan kami,dibahagi lagi oleh Abang Umar dan Imam Muda Ali serta Kakak Khairunisa.Kami berbaris dan aku dekat dengan kerusi dan dinding,orang pertama di depan melihat ke hadapan sedang yang lainnya sebaliknya.Orang pertama melihat perkataan dan melukis dalam beberapa detik dan dilihatkan kepada kawan di belakang serta melukisnya lagi,ditunjukkan ke orang terakhir dan harus menerangkan berkenaan gambar itu.Aku faham lukisan itu tapi tangan payah nak melukis menjadikannya tak keruan dan jawapan yang sebenar adalah kanggaru.Seterusnya ditunjukkkan pepatah serta dilukis lagi dan aku pun tak faham apa makna lukisan kawanku tapi jawapannya adalah seperti kacang lupakan kulit.

          Abang Yahya Mahyuddin mengambil alih masa itu,dimulai dengan slogan kata.Jika disebut anak soleh,kami mesti menjawab dengan,"Saya anak soleh,Amin,ya Allah" beserta "Attention" kami menjawap "Yes sir".

        Di suruhnya kami membuat bulatan yang meletak wanita di dalamnya dengan lelaki dan lelaki di luar bulatan wanita menghadap peserta wanita.Kami berpusing dengan arah yang bertentangan mengikut rentak muzik yang dimainkan dan berhenti apabila muzik dihentikan,semasa itu kami diminta untuk bertanya apa-apa berkenaan tentang kawan wanita.Semuanyaku kenali dan ada beberapa soalan yangku tanyakan kepada mereka.Setelah lama kemudian,Tiba masa untuk duduk dan setiap seorang dipanggil ke depan mengikut pilihan orang yang dipanggil terdahulu dan orang yang dipanggil akan memanggil lagi kawan yang dikenalinya beserta menceritakan sedikit tentang rakannya.

         Aku dipanggil oleh Nurul Hidayah dengan dia telah berkata,

          "Saya telah mengenali seorang yang bernama Mohd.Shazlin,berumur 16 tahun dan bersekolah di SMK.Beaufort Satu,itu saja"

          Aku bangun untuk memanggil rakan lain pula,memegang mikrofon dan berkata'

          "Bismillah hirrahma' nirrahim,Assalamualaikum warahmatullah,Nama saya Mohd,Shazlin Bin Jualin,berumur 16 tahun dan dalam beberapa hari lagi akan berumur 17 tahun.Berasal dari Beaufort,Sabah,negara Malaysia.Saya telah mengenali beberapa orang tetapi hanya seorang wanita yang dipilih dan menarik bagi saya,namanya Norfarain Binti Kamba,berumur 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Agama Beaufort,Nama "Facebook" nya Ain Farain bergambar kartun wanita solehah,mempunyai tulisan dan nombor telefon adalah Celcom tapi nombor adalah rahsia,dan itu sahaja".

          Lantas Nofarain bangun dan berjalan ke arahku serta mengambil mikrofon daripadaku.Setiap program ada diselitkan lagu tema dan Zikir Fikir menjadi alunan nyanyi lagu tema kami pada malam itu.Diadakan slot muhasabah tapi bertaraf modul yang rendah tanpa tangisan.Sambil berzikir istighfar dan sebelum itu dimintanya kami menyenaraikan 5 perkara yang berharga bagi diri ini.

          Setelah selesai,kami di arah ke kantin untuk minum malam,terhidang cucur udang,sejenis kuih berbungkuskan daun tapi aku hanya makan sedikit dan selebihnya diberi kepada kawanku,minuman pula ada teh o suam,abang Hasmadi,Amin,dan ada Arif ada disebelahku.Sesudah selesai minum,bertanyakan pula berkenaan penulisanku berkenaan kisah semasa di Islamic Summer Camp.Adaku bertanya kepada Abang Amin akan persembahan pada malam esok dan dia menjelaskan kepadaku.Lama berbual dan Abang Amin berkata khusus untukku,

          "Shazlin,go to back in the room,OK".

          Aku membalasnya sambil senyum dan bangun serta berkata,

          "Yes,bos".

          Seterusnya,aku melangkah ke bilik dan masuk,tak banyak berbual dengan rakanku,hanya mendengar sambil menulis diari catatan ringkas program ini dengan tulisan kod yang difahami aku.Sesudahnya kami tidur dan berehat menanti dibangunkan untuk qiyamullail.Beberapa jam merebahkan badan,ada suara daripada Abang Umar menyuruh kami bangun untuk sesi qiyamullail,aku bangun dengan meninggalkan kawan-kawanku dan berjalan ke surau,kedengaran suara Abang Amin berzikir.Ada kedengaran,

         "Allah Ya Allah,Allah Ya Rahman,Allah Ya Rahim,Allah Ya Karim

          "Hasbi rabbi jallallah,mafii qalbii ghairullah,nur muhammad shollallah",

          Seterusnya ada pula kedengaran selawat Syifa dan disambung oleh Abang Umar dan Azrin.Bermula dengan solat sunat hajat beserta laungan zikir,solat taubat juga dengan laungan zikir dan solat witir tiga rakaat diakhiri dengan doa beserta Imam Qiyamulail adalah Abang Hasmadi menanti untuk masuk waktu subuh sebentar lagi.Azan subuh berkumandang menerpa sinar fajar,solat sunat sebelum fardhu dan seterusnya fardhu dilakukan.

          Abang Arif ada berkata-kata sedikit sebelum kami bangun bersiap di bilik untuk riadah pertama kami.Sementara di bilik,aku bercerita sedikit tentang cinta dengan Abang Azrin.Aku bertanya,

          "Abang Azrin,abang ada girl?"

          Soalan itu telah merancakkan perbincangan kami sehingga KRU pun terlibat sekali dan apa pun yang dikatakannya tetap menjadi simpanan peribadiku.Aku dah sampai cuma ada sebilangan yang masih lambat dan Abang Umar menjadi pengacara regangan pagi pada hari itu,berbaris mengikut kumpulan denganku berada agak ke depan sedikit.Dari atas sampai ke bawah senaman ringan dilakukan dengan kiraan,

          "Subhanallah walhamdulillah wala ila haillallah wallahu akbar".

          Selepas itu,memukul secara ringan dan mengurut badan rakan sejantina,aku mengurut Afiq dan Azrin jua dengan agak kuat.Di arah lagi bergerak untuk mencari Abang Arif dengan satu barisan tanpa putus,lelaki di depan dan sebaliknya.Pada mulanya kepada pergerakan kami,Arfizan ke arah dewan tapi membelok ke kantin dengan melalui belakang tempat itu,berada diluar kompleks sukan dijalan berturap mata meliar mencari orang tersebut.Arah kejauhan terlihat seorang manusia tanpa pasti siapakah dia.Keluar ke taman yang hanya dipisahkan dengan dawai pagar hijau.Berbaris secara mengiring dan itulah dia Abang Arif,secara gerak setempat kami bersenam sebelum diberi arahan selanjut.Seorang demi seorang dimestikan berteriak dengan sedaya mungkin,

          "Saya Mohd.Shazlin,saya anak soleh dan saya Islam".

          Kataku pada barisan lelaki yang terakhir dan disambung oleh kawan wanita pula.Arahan lainnya pula,Abang Arif mahu kami berjumpa dengan Abang Hasmadi untuk merakam aksi tetapi dengan syarat yang agak payah serupa mahu meminag kerabat raja,mestinya kami memberitahu akan Abang Hasmadi yang perlunya kami dirakam dengan berkata,"Saya Islam,saya anak soleh".Bergerak ke dewan kuliah dan setelah lama bercakap ala-ala orang bisu,kami dirakam dan rakaman itu boleh dilihat pada video montaj.Perut dah lama berbunyi meminta isi,bergerak ke tempat santapan pagi dengan minuman teh o mungkin dengan sedikit susu serta nasi goreng pedas sedikit kicap campur ikan bilis serta sedikit telur dan sayur kobis.

          Keadaan makan kami di iringi dengan suara komen serupa di "Facebook" akan pedasnya nasi goreng itu.Melangkah untuk mandi dan bersiap untuk sesi yang menjadi tekaan apakah ceramah hari ini.Mandi dan bertukar pakaian serta memberus gigi tak lupa wangian diguna dan yang menjadi kepentingan adalah mencukur sedikit misai,janggut dan jambang (Jangan terkejut).Sebelum bermula,nyanyian lagu tema berkumandangan,beberapa tayangan video orang putih serta sempat lagi Norhaslinda mengambil gambar kucing berwarna perang dan kami membuat "trademark".

          Pengundian penghulu dengan penghuluwati diadakan,Abang Azrin menjadi penghulu mengalahkan Arfizan akan tetapi sedikit coretan lucu diselit,penghuluwati dicadang bernama Norhaslinda,sejenak pencadang berbicara.Aku berkata,

          "Cadangan di tolak".

          Disertai kemudian dengan ketawa ria dan Nurhaslinda berkata,

          "Dia jealous".

          Tabir pemilihan penghuluwati di buat dengan kemenangan berpihak pada Nurul Hidayah mengalahkan lawannya dengan sokongan majoriti ramai.Penghulu dan penghuluwati dijemput memperkenalkan diri di iringi muzik.Kak Khairunisa menjadi pengacara sebentar untuk menguji peserta melakukan persembahan berunsur nyanyian,kertas bertuliskan sesuatu diberi kepada para peserta yang terpilih untuk melakukan aksi persembahan seperti  yang diarah.

          Dah tiba detik disangka ceramah biasa.Abang Idin bermula dengan katanya dan bersama kami dengan bergelak ketawa dengan telatah  serta sedikit kesedaran tentang Allah dan Rasul Allah.Itu baru permulaan sahaja,Kami minum pagi dengan air panas teh o dengan roti ban berintikan kacang hitam.Balik semula ke dewan kuliah selepas mengisi perut dan menghilangkan dahaga di tekak.Bersusun fail di kerusi menjadi milik kami kemudiannya dan fail kepunyaanku berwarna kuning.Di arah lagi kami menyanyikan lagu tema disertai sedikit gaya dan bergoyang badan.

          Permulaannya Abang Amin berlagak biasa seperti selalu,semakin memuncak bicaranya berkenaan ibu bapa,aku sedaya upaya menahan akan tangisan jiwa dan perasaanku.Tetapi ketentuan tak dapat ditahan,disuruh kami menutup mata dan bermulalah derai titisan daripada kelopak mata beserta berlinangan air mata akan terkenang dihati akan ibu bapaku.itulah kali keduaku menangis jua walau kuat ditahan mana sekali pun.Semasa Abang Amin menyampaikan modul sakaratul maut di sekolahku.Tidak juga aku menangis walau sekuat mana suara fitnah kuburnya,hanya meremang bulu roma dan hati aku menahan sekuatnya.

          Selepas itu ditayangkan beserta bersama membaca doa untuk ibubapa.Seterusnya,setiap kumpulan di minta untuk mengarang sebuah penulisan doa untuk ibubapa.Aku hanya mengarang sedikit sahaja lantaran sebak diri ini tak hilang walaupun ceramah dah habis.Abang Hasmadi mendekatiku dan berkata,

      "Shazlin,dah siap?,itu aje?,buatlah lagi kan kau suka mengarang."

      "Ini istimewa,istiqamah". Jawabku pendek dek letih jiwa kesan jua pada lidah.(Doa aku adalah,"Ya Allah,limpahkanlah rahmat kesejahteraan  kepada ibubapaku").

       Semua kumpulan mesti membacakan doa mereka dan ketika itu masih ramai terutamanya wanita yang berlinang air mata.Tak sanggupku melihat kawan wanitaku,Norfarain menangis dan kumpulan yang paling akhir adalah kumpulanku.Abang Idin memberi sepatah kata tentang doa kami,ada juga disebut berkenaan anaknya.Mentari dah tegak dilangit,zohor mula memanggil menunaikan kewajipan.Dengan langkah lemah dek lesu jiwa raga akibat keluarnya air mata,melangkah ke surau.Selepas ibadah dilakukan,bergerak mengisi perut yang kosong.

           Air sirap menjadi minuman jua air kosong,nasi kosong,ayam goreng berempah dan sayur-sayuran dipotong besar serta beberapa potongan tembikai menjadi hidangan aku pada tengah hari itu.Waktu tengah hari yang akhir bagi kami,dah habis sisa makanan menambah lauk pauk buat kali kedua kerana lapar dan kelazatan ayamnya.Kebanyakkan rakanku dah pergi ke bilik,tinggal beberapa orang lagi di kantin.Duduk disebelah Abang Amin berbincang perkara yang penting berkenaan persembahan.Mengundur diri ke bilik tapi hanya cukup sebentar dek bising tak sesuai mencari ilham.Ke belakang bangunan tapi kawasan yang selamat,berfikir akan persembahan malam nanti.Puas dah menyusun idea,irama persembahan siap di buat pada fikir.

          Masa dah tiba untuk sesi ceramah,sesampai disana ada kedengaran bunyi kompang dimainkan.Beberapa lama menunggu,perbicaraan tentang,"Habluminnallah dan Habluminnas" dibuka tirainya.Beberapa orang dipanggil termasuk aku akibat celupar mulut mahu mengarah Hidayah bercakap di tengah.

       "Jawapan saya adalah apa yang Shazlin cakap".

          Antara kata Abang Amin untuk aku bercakap di depan,aku meminjam mikrofon dan berbicara sambil menepuk belakang Abang Amin.Selesaai berkata,terus duduk dan sesi akan bermula.Setengah jam sebelum Asar,kami dimestikan untuk melakukan dan mempersembahkan sketsa pendek bersama seorang lagi pasangan tapi bukan berlainan jantina.Aku berada di kumpulan 7,bertajuk "Pemakaian" tapi sementara saja,bersama dengan Azree.Sebelum itu,Abang Arif dan Amin meminta kami melakukan sesuatu.Memejam mata dengan memegang tangan kawan,membisikkan ke telinga kawan tanpa mata terbuka.Satu lagi,kami diminta bercakap dengan pasangan secara menasihati.Duduk disatu bulatan dan tugas mula diberi.Agak lewat kami dipanggil dan masanya kami bangun,Azree di satu arah dan aku pun berlainan arah.Aku datang ke arah Azree dengan berkata,

         "Masya-Allah,budak ni,Assalamualaikum".Sambil menyalam Azree disambutnya dengan,

         "wa alaikumsalam".Kataku pula,

         "Nama kau siapa?"Azree berkata,

          "Azree".Aku pula berkata,

          "Anak ni mualaf,Islam atau bagaimana?"

          Dia menjawab ringkas,

          "Islam".Sambungku pula,

          "Jika berada di masjid,tutup aurat,itu nampak bulu kaki kau,itu tabir lut sinar,muslimat nampak.Lagi satu,jangan pakai selipar,tadi aku nampak kau dari tandas."

          Dia membalas dengan berkata,

        "ya"

       Aku berkata,

      "Itu saja daripada Pak Kyai,Assalamualaikum"

          Setelah semuanya tamat untuk sketsa pendek,abang Idin menerangkan kesemua lakonan kami tadi berkaitan hukan hakam.Seterusnya dalam satu bulatan membicarakan tentang permasalahan solat.Azan Asar berkumandang,berdiam sambil menyahut seruan tapi didalam hati kecil.Selepas selesai azan,bergerak ke surau untuk solat fardhu terakhir bagi waktu asar di kem muzikal pada hari itu.Lepas solat,Abang Amin memberi tajuk pada setiap kumpulan untuk membuat persembahan pada malam itu dan tajuk kumpulan aku adalah "Wasiat untuk sahabat".Bergerak dalam kumpulan untuk mencari tempat berbincang.

           Aku dan teman kumpulanku duduk di suatu tempat sambil membincangkan apakah persembahan kami,aku memulakan bicara dengan mengeluarkan idea yang akhirnya setelah bertukar fikiran serupa begini,

          "Sahabat baik menasihati sahabatnya yang jahat,setelah menasihati,kawan sahabat jahat berpura-pura memanggil gengnya dan sahabat jahat menghentamnya seperti gangster.Setelah itu,sahabat jahat berlalu pergi dan sahabat baik berdoa dan abangnya menghampiri dengan menasihatinya.Sahabat jahat dengan kawan gangsternya bertegur sapa kemudian,datang sahabat baik tapi sahabat jahat tak bertindak apa-apa dan hanya kawan sahabt jahat yang keterlaluan.Seterusnya,sahabat jahat mendapat hidayah dan terdapat perubahan yang baik padanya,ditegur kawannya dahulu dan diberitahu akan sahabat baiknya yang nazak.Datang kepada sahabat baik dan meminta maaf kepada abang sahabat baik dan menghampiri mayat dengan sedih serta disampaikan wasiat dari sahabat baik."

           Selepas perbincangan kami ke dewan untuk minum petang dengan teman-teman serta selepas selesai menjamu selera petang,sempat lagi bergambar dengan temanku.Bergerak ke bilik untuk mengambil pakaian biasa disebabkan pakaian yang terbaik dan istimeaw disimpan sehingga masanya nanti.Semasa mandi,aku di bilik mandi bergurau senda dengan Abang Azrin yang berada diluar bilik mandi.Dia merayu hendak mandi bersamaku tapi aku menolak habis-habisan.

          Ke surau untuk menunaikan fardhu maghrib berjemaah dan selepas selesai solat sunatnya,melangkah ke kantin tapi bergerak beberapa tapak tiba akal mendapatkan ilham.Meminta kunci daripada Abang Azrin dan ke surau untuk mengambil Quran dan sejadah untuk malam persembahan serta menyimpannya di bilik asrama.Makan bersama dengan kawanku yang berhidangkan air sirap campur susu cair,tembikai dan nasi putih,sayur lobak beserta kacang dan ayam pedas.Ketika temanku berkata kepadaku,masanya pulaku terbatuk dengan kuat agak lama (Kejadian itu segar di ingat mengejutkan kawanku yang sedang makan).Solat Isya berjemaah di surau disertai dengan tazkirah ringkas daripada Abang Amin dan Arif.

          Masa dinanti dah tiba,aku maju ke bilik mengambil barangan penting iaitu pakaian lakonan yang di seterika,di lipatkan dan sediakan khas oleh ibu dan nenek aku.Sebelum bermula persembahan,lagu tema dipasang dan selebihnya pula cabutan undi dilakukan,kumpulanku mendapat giliran ketiga.Apabila tiba giliran kami yang mempunyai lima babak kesemuanya.

          Aku bersiap dengan pakaian di luar dewan kuliah bertemankan cahaya malap dan gelap tapi masih boleh terlihat.Abang Azrin bercerita sedikit sebagai mukadimah.Aku dan Azrin memasuki pentas dengan lagak sebagai samseng berbual kosong tapi bersangkut dengan perkara jahat,lantas datang pula Afiq menasihati kami berdua.Sementara Azrin berseloroh dengan Afiq,aku membuka kot pinjaman daripada Abang Amin dan dihumban ke muka Afiq (Aku baru tahu reaksi Abang Amin selepas persembahan,dia risaukan kotnya dan khuatir aku mengoyakkannya tapi aku takkan kejam sebegitu kepada Abang Amin).Selepas Azrin beredar dengan berpura memanggil gengnya untuk sesi selanjutnya,aku memulakan langkah yang sebenar iaitu menghentam Afiq dengan menghentaknya secara lembut ke dinding dan seterusnya jatuhkannya ke lantai serta tak lupa untuk berpura menumbuknya.

          Tapi itu aksi biasa saja,selanjutnya tanpa diduga aku berlaku kejam dengan mengambil kerusi besi dan menghentam Afiq yang berada di bawah 3 kali,aksi kejam selanjutnya adalah aku membuka botol dengan nama samaran "arak" lalu meminumnya sedikit.

         "ada arak" .Kata aku.

          Lalu aku menuang air itu ke kepala Afiq dan kakiku dikenakan ke kakinya dengan berkata,

        "Baru kau tahu".

        Menghempas botol ke lantai lalu pergi dan masa untuk babak kedua yang mana Azree sebagai abang  sahabat baik menghampiri Afiq dan menasihatinya agar bersabar.Babak ketiga,aku berjalan ke pentas keseorangan dan sebentar kemudian dibaling sesuatu oleh Azrin dan dia datang berbual denganku,datang pula Afiq untuk menasihati kami,Azrin pula mengutuk Afiq tapi aku hanya berdiam diri.Babak keempat,aku memakai baju melayu putih dan bersongkok,membawa Al-Quran dan sejadah berwarna biru memasuki pentas dengan berkata,

       "Afiq,sahabatku telah memberi hidayah kepadaku,kali pertama aku mengenali sejadah dan Al-Quran.Aku membelinya dengan hasil yang halal".

        Datang pula Azrin untuk berbual kosong denganku dan masanya agak lama,

        "Bagaimana dengan Afiq?".Soalku kepada Azrin dan dia menjawab.

        "Kawan kau itu,Afiq dah nazak dah di rumah dia".Katanya tanpa rasa kasihan dan aku berkata,

        "Afiq tengah nazak".Aku terus berlalu pergi secepat kilat dan tiba untuk babak terakhir.Berusaha menukar pakaian,jubah berwarna putih,kopiah,tasbih,Quran dan sejadah serta serban di bawa ke seri pentas persembahan.Memasuki dengan kesungguhan dan mendekati Azree lalu berkata,

        "Assalamualaikum warahmahtullah wabarakatuh,Abang".Memberi salam dan dia menjawab serta langkah lakonanku seterusnya adalah melulut dan mencium kaki abang sahabat baik,ini adalah kerana penyesalannya atas kesalahan lalunya.

        "Abang,saya minta maaf sebab saya sakitkan,berbuat jahat kepada adik abang".Terhenti seketika sambil aku memandang ke kiri.

         "Abang,siapa didepan saya ini".

        Azree menjawab,"Afiq,Afiq,Shazlin".

        Saya menghampiri mayat yang terbujur bernama Afiq.

       "Afiq!,Afiq!".Kataku separuh menjerit.Aku pun meletakkan Quran dan sejadah di badan Afiq.Aku berdiri dan menjerit,

       "Ya Allah,terimalah taubat nasuhaku".Selepas itu,aku berpura sedih dengan mendekati mayat Afiq.

        "Shazlin,Afiq ada surat untuk Shazlin".Kata Azree dengan menghampiriku dan aku berkata,

        "Surat untuk aku?".

          Aku mula berpura-pura membuka surat dengan di sertai suara latar bacaan wasiat oleh Azrin disamping aku melakukan aksi seolah-olah menyesal (bacaan wasiat oleh Azrin agak lama sehingga aku naik bosan).Setelah lama kemudian barulah tamat persembahan kami dan aku di beri komen oleh Abang Umar agar jangan menggunakan kerusi dikhuatiri membahayakan.Aku mengemas pakaian di belakang dengan suasana gelap melambatkan urusan aku.Setelah tamat kesemua persembahan,para juri mula mengira markah  dan keputusan kumpulan kami adalah bertempat di nombor 3 sahaja.Kami bergerak ke dewan minum malam dan kelihatan akan bubur kacang dan sejenis kuih serta masih ada tembikai baki makanan tadi dan teh o.Aku hanya berselera memakan tembikai disebabkan mudah hadam dan teh o jua.

         Balik ke dewan serta duduk di luar sementara menunggu sesi seterusnya di siapkan.Pada itu juga,aku berbual dengan abang Arif dan tak lama itu,masuk ke dewan untuk sesi slot muhasabah sebelum melepasi jam 12.00.Ditayangkan dan dibicarakan akan tentang pergaulan bebas masa kini,kasih akan rasulullah kepada umatnya dan pada masa itu dalam keadaan malap sedikit kegelapan disertai cahaya,aku kira semuanya menangis disebabkan mereka menunduk terutama wanita dan sedikit terdengar esakan tangis.Abang dan kakak semuanya menenangkan kawanku yang berlinang air mata di kelopak mata pada malam itu tetapi ternyata modul itu hanya bertaraf ringan disebabkan aku tak jua menangis bahkan melihat akan abang Umar berlakon sebagai Saidina Umar yang menjerit akan menidakkan kewafatan nabi dan abang Amin sebagai Saidina Abu Bakar bertindak menenangkan Abang Umar.Aku melihat akan senjata pedang berupa paip pendawaian elektrik berwarna putih yang dipegang oleh abang Umar.

          Temanku dengan wajah menunduk akan tangisan sedih terasa di jiwa sesi itu.Aku masih duduk tegak seolah tak terasa apa-apa tetapi 'slot khas untukku' dah tiba,abang Amin mendekati dari depan dan merendahkan badannya sebaris dengan bahuku di belah kanan.Dia menegurku akan ketenangan aku tak seperti lainnya.Dia berkata dengan bisikan kepadaku berupa bicara kata-kata pujian dan semangat kepadaku (kata-kata abang Amin ketika itu tetap menjadi rahsia peribadi).

          Bagai kehausan dahaga kasih dan penghargaan dari seorang yang bergelar 'abang',aku tak tahan akan golakan hati lalu memeluk abang Amin di sertai sedikit air mata dengan erat (ini merupakan pelukan istimewa bagiku).Dia berkata dengan penghargaan kepadaku dan setelah lama memeluk dengan kasih dan dia menerima pelukanku dengan sayang,melepaskannya  dengan memandangku berupa senyuman dan Abang Amin ada berkata akan pilihan kami selepas 2011 iaitu jam 11:59:59.Adakah ke arah jahat atau baik?Setelah lama menanti di samping aku melihat akan jam tangan,sudah pun melepasi jam 12.00 tengah malam menandakan tahun baru dah tiba,kami dengan muhasabah diri kepada Allah tak tahu pula akan kejadian hamba tuhan di luar sana.

         Selepas itu,sesi pelukan kasih diadakan lelaki dengan semua abang dan begitu sebaliknya.Sengaja memilih waktu penghabisan,dimulai dengan pelukan kepada abang Amin kali kedua,

       "Terima kasih abang,sebab menghargai saya".

        Kata aku sedikit sebak dan pilu.Dia berkata lagi tapi dari hati ke hati kepadaku (Katanya tetap rahsia peribadi).Kemudiannya memeluk Abang hasmadi,

       "Abang,saya dah membanggakan KRU Beaufort".

        Cakapku kepadanya dan dia membalas kataku dengan nasihat.

       "Perjalanan kita masih lagi panjang".

        Itu antara kata-katanya,seterusnya aku memeluk Abang Umar dan Arif.Pergi ke bilik keseorangan dan lama dah tunggu yang lain tak kunjung batang hidung mereka.Berpatah balik ke dewan dan nampaknya Azrin,Azree dan Nazree masih menangis serta kakak Norsuhaila turut teresak-esak siap terlihat merah sekitar matanya.Balik ke bilik pada larut malam,berehat sambil mendengar perbicaraan kawanku dan aku berbaring di tepi sisi Azrin dan bergurau senda sambil dia menekan dadaku.Kami mula tidur dan beberapa jam kemudian abang Umar mengejutkan kami,dia melihatku hendak bangun tapi mahu berbaring semula dan apabila terlihat akan gayaku itu,

         "Shazlin,Shazlin".

         Dengan suara yang lemah lembut membuatkanku senang hati terus bangun ke surau,mungkin agak awal tak ada manusia kelihatan di sana dan menunggu kawanku yang lain.Mengambil wuduk dan masuk ke surau.Qiyam agak lewat dan disertai solat sunat dan zikir secara ringan.Kami pun solat sunat sebelum subuh di sertai fardhunya kemudian.Abang Amin meminta seorang lelaki,peserta untuk memberikan tazkirah dengan berkain pelikat.Selepas itu,beberapa orang dipanggil untuk mengemukakan pendapat tentang kem muzikal anak soleh ini.Aku dipanggil,

          "Kem muzikal memberikan impak yang baik,satu perkata yang tidak disukai yang pasti ada pada setiap program adalah jumlah hari iaitu 3 hari 2 malam.Saya harap tempoh  program  dapat dilanjutkan.Pasal promosi kem muzikal dapat dibuat 5 bulan sebelum program,pasal promosi kami akan sebarkan melalui "Facebook",dan kawan-kawan saya akan membantu.

           Antara kata-kataku di surau pada hari itu dan beberapa orang lagi dipanggil.Setelah selesai,tiba masa kakak untuk berbicara.Kakak Norhidayah dan Khairunisa membuat slot dengan setiap orang mencari suatu yang berwarna hijau,sederhana saiznya dan terletak di sekitar surau dan kami diberi masa 5 minit untuk mencarinya iaitu daun.Kami balik dan kak Khairunisa mengarah kami untuk menulis doa untuik sahabat pada daun itu dan diberi kepada kawan.Selepas itu,setiap kumpulan diberi kertas untuk menulis segala berkaitan kem muzikal anak soleh dengan peta minda.

          Kami dah selesai dan ke kantin untuk menjamu selera buat kali yang terakhir berhidangkan teh o,nasi kosong,ikan bilis dan kacang goreng,sedikit sambal berwarna merah dan berbual dengan kawanku.Aku mahu kunci bilik daripada Azrin tapi berlarutan dengan gaya aku dan dia serupa wanita ala-ala pelakon mak cik di filem,baru dia beri kunci kepadaku.Berehat di bilik sebelum ke tepi bangunan surau untuk bermain futsal dengan seronoknya sampai kawanku ada yang sanggup bermain dengan kain pelikat dan nasib baik tak pecah cermin bola mengena.Berpeluh kami pagi itu sebelum berpisah dan masa untuk mandi.

          Semasa mandi sempat lagi Azrin bergurau senda dengan dengan hijab pintu bilik mandi.Berkemas barang dan ke dewan dan setiap orang diberi kertas penilaian dan aku melakar dan melukis kertas penilaian itu dengan istimewa (Mungkin mereka dah membaca kertas penilaian aku).Kami dah berkumpul termasuk ibubapa,ada sesi ceramah oleh abang Idin,ada sesi temu ramah secara santai dengan seorang bapa yang menghantar tiga orang anaknya ke program ini,ketika nampak saja bapa tersebut,sebak menangis linangan air mata di pipi dan sedikit tayangan video serta nyanyian lagu tema kali yang terakhir.Tak semena-mena aku menangis ketika menyanyikan bahagian yang berbunyi Muhammad.

          Selepas itu,sesi bergambar menjadi kewajipan bagi setiap program.Lelaki berdiri di kerusi,wanita dengan melulut dan ibubapa duduk di kerusi serta abang dan kakak ada berdiri.Selesai saja sesi tersebut,berakhirlah majlis penutupan dan aku bergerak ke bilik untuk mengambil barang serta sesi bergambar dengan teman sebilik.Berada di ruang legar dan menghampiri Kak Norsuhaila,dia menyebut namaku sebelumku menyapanya lalu memberi sijil di sertai sampul besar.

          Waktu zohor dah tiba,aku pergi ke surau dan bersolat jemaah dengan kawan yang lain.Balik ke ruang legar dan sedikit demi sedikit kawanku meninggalkan kami.Akhirnya tinggallah aku dan Kru Beaufort beserta Marni sempat lagi meminta syiling daripada Zulazrul untuk mendapatkan minuman 100 Plus.Setelah lama menunggu,abang Hasmadi datang dengan keretanya dan membawa kami pulang.Dalam perjalanan pulang ke rumahnya,aku sempat berborak dan dia menghentikan keretanya berdekatan dengan suatu tempat.Dia bergerak ke Maybank dan dari celah tingkap dapat dilihat akan abang Hasmadi beratur di kaunter ATM sertanya dia membeli 2 buah tin sardin.

          Ke rumah abang Hasmadi serta boleh dikira kami menziarahinya.Melalui papan tanda yang bertulis,Kg.Talang Daun/Lok Bonu.Sesampai di rumahnya kami pun masuk dengan sopan serta aku dan Zularul bersalaman dengan bapa Abang Hasmadi begitu jua sebaliknya,kawan wanita yang lain bersalaman dengan ibu abang Hasmadi.Dijemput duduk dan melihat televisyen tapi aku langsung tak berminat dengan cerita yang ditayangkan.

          Dihidangkan dengan air tangan istimewa ibu Abang Hasmadi iaitu air teh Putatan te tapi rasa serupa kopi campur gula,keropok hamplang dan biskut sedap.Sambil Abang Hasmadi berehat di ruang tamu lain dan kami berbual,sahabat wanita yang lain bercakap serupa mesin automatik kecuali Nurul Hidayah.Ibu abang Hasmadi ke dapur menyediakan makanan untuk kami yang belum makan tengah hari.

          Setelah lama kemudian,makanan pun terhidang di meja makan dengan resepi air kosong,nasi putih,sayur campur,ayam goreng,ayam kari campur kentang dan ikan sardin campur bawang besar hasil air tangan istimewa ibu Abang Hasmadi.Aku makan dengan berselera sehingga aku memakan beberapa ayam lazatnya dek kelaparan.Kami dikira melakukan usrah secara tak langsung sewaktu menyantap.Selesai mengisi perut,Nurul Hidayah dan Norfarain membasuh pinggan mangkuk di dapur tak macam Norhaslinda dan Nurdiyanah sementara berbual di meja makan.

          Di meja ruang tamu semuanya kami berada,di samping mendengar lagu dan berehat menunggu untuk waktu asar serta merancang pula untuk ke rumah Kakak Azlinah selepas jam 4.30.Di bilik seorang lelaki,abang Hasmadi,kami berjemaah asar dan  setelah waktunya.Bergambar kami dengan senyuman bersama dengan ibubapa abang Hasmadi.Memasuki kereta dengan kelajuan sederhana menuju ke Membakut serta singgah sebentar di stesen minyak petronas.Aku membeli makanan ringan dan abang Hasmadi menuju ke kaunter ATM.Puas memilih dan membayar di kaunter,masuk ke kereta baru teringat bahawa songkok dan buku catatan diari kem muzikal anak soleh tertinggal di rumah abang Hasmadi.Meminta agar abang Hasmadi membawa baranganku pada aktiviti qiyam seterusnya.

           Dalam perjalanan yang jauh,beberapa puluh kilometer pada menjelang senja.Berbual kami dengan santai dan waktu makan makanan ringan dah tiba.Aku memberi makanan ringanku kepada wanita dan ada untuk lelaki.Memandangkan abang Hasmadi tengah memandu,aku menyuap makanan di mulut abang Hasmadi dengan mesranya.Azan maghrib dah nak sampai,singgah sebentar di masjid Nurul Iman,Membakut.Ketika mengambil wuduk,aku sempat meminum sedikit air paip disebabkan kehausan.Berjemaah fardhu maghrib di sana dan setelah selesainya,aku ke kereta dengan kawan yang lain.

          Menunggu Ustaz Syahriul datang dan ketika itu hari dah gelap tetapi tak gelita.Beberapa minit lamanya,Ustaz Syahriul datang dan kami bergerak ke rumah Kakak Azlinah serta menyinggah sebentar di kedai untuk membeli air laici dua kotak.Perjalanan ke rumah Kakak Azlinah agak jauh dan jalan itu di kelilingi tumbuhan hijau di saluti cahaya gelap pada waktu malam.Lama rasanya kereta berangkat,sampai di rumah Kakak Azlinah dengan disambut cahya lampu yang terang.Menghentikan kereta dan memasuki rumahnya serta bersalaman dengan kaum lelaki di rumahnya.

        Berehat sebentar sebelum melangsung solat Isya berjemaah dan selepasnya kami di hidangkan mee segera campur sosej serta perencah sos pedas.Aku memakannya dua pinggan dengan selera makan malam.Selesai saja kami ke dapur untuk menghantar pinggan dan Norfarain tengah menyuci segala yang dihantar tadi.Ke ruang tamu semula sebelum ke ruangan lain memberi laluan kepada perbincangan PSS bahagian Beaufort.Aku dan kawanku duduk berhampiran televisyen dan memandangkan ia mengganggu usrah kami pada malam itu,aku mematikannya tanpa belas kasihan.

          Pada mulanya,usrah kami berjalan dengan lancar membincangkan tentang persediaan makanan dan semakin
rancak dengan kemasukan topik luar tajuk disebabkan mulut Norhaslinda umpama burung belatuk yang tengah mematuk.Walaupun perangai kebanyakan wanita terutamanya Norhaslinda terkecuali Nurul Hidayah dan Nurdiyanah seumpama budak tadika,terfikir olehku akan terhibur dan seronok di jiwa dengan telatah lucu mereka.Perbincangan kami memang sia-sia saja malam itu.

          Jam menunjukkan 9.00 lebih,mengantuk kian terasa tapi kawan ada di sisi.Letih pun berkurangan dan meneruskan perjalanan pulang ke destinasi pertama iaitu rumah Norfarain yang berada di dalam kawasan serupa hutan rumput.Masuk ke lorong rumahnya di kelilingi rumput tebal dan kelapa sawit muda.Sesampai saja di rumahnya,membantu untuk menurunkan barang dan kelihatan rumahnya sunyi sepi tapi rasanya aman tenteram jauh dari huru hara jalan raya.

          Bergerak lagi ke rumah Nurul Hidayah di kampung Padas Valley dan dalam perjalanan itu,aku terlihat ada pula bendera parti politik SAPP,Sabah Progresive Party di pasang di merata dan sampai jua di halaman rumahnya dan aku melihatnya masuk ke rumah takut menyimpang kemana-mana.Bergerak lagi ke rumah Nurdiyanah dengan melalui taman perumahan yang bersimpang siur,dapat juga sampai di rumah yang boleh dicakapkan terletak di dalam sekali.

          Itu belum apa-apa jika di bandingkan dengan perjalanan ke rumah Norhaslinda yang terletak di kawasan bukit berdekatan dengan Pejabat Daerah Beaufort.Ke halaman rumahnya mudah saja tapi sebaliknya pula nak berpatah balik menjadi masalah disebabkan sempit dan jalannya agak curam tapi tak macam gunung.Ditempuh jua halangan dan selamat bergerak lagi ke rumah aku,mengikuti jalan ke Kuala Penyu sambil berbual.Mengantuk kian ditahan dan syukur kepada Ilahi,sampai jua di rumahku dengan bapaku menolong untuk mengangkat beg dan sempat lagi memegang tangan abang Hasmadi untuk mengucupnya tanda hormat.Di rumah aku terus saja ke bilik dan mengemas barang serta di pendekkan cerita aku pun di buai tidur yang lena.



 KAMI ISLAM ! KAMI ANAK SOLEH !

Ana mulakan bicara ana dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh ..

Syukur ke hadrat Illahi kerana mengizikan ana menyertai KEM MUZIKAL ANAK SOLEH PERTAMA DI MALAYSIA dan syukur juga kerana ana dapat mengisi waktu lapang ana dengan menyertai kem yang mengandungi unsur-unsur islamik . ALHAMDULILLAH :) .. Perjalanan ke Kem Muzikal Anak Soleh yang bertempat di Kementerian Belia dan Sukan mengambil masa selama 1 jam lebih sahaja ..

30/12/2011 bermulanya sejarah Kem Muzikal Anak Soleh tercatat dalam hidup ana .. Kem Muzikal Anak Soleh yang pertama-tama kalinya dilakukan di Malaysia amat menyentuh hati dan sanubari ana .. 3 hari 2 malam berada di kem ini air mata ana sering mengalir , Alhamdulillah , air mata yang keluar merupakan air mata yang ikhlas-seikhlasnya dari lubuk hati ana .. ana tidak merasa malu kepada semua orang yang menghadiri kem itu apabila ana mengalirkan air mata , kerana ana tahu kita tidak boleh malu untuk mengeluarkan air mata :) , apatah lagi air mata yang mengalir itu adalah air mata keinsafan :) ..

Pertama-tama kali sampai mestilah mendaftar terlebih dahulu , tapi oleh kerana azan Asar telah berkumandang , maka kami pun bergegas ke surau , setelah itu barulah kami melakukan pendaftaran .. Selesai sahaja pendaftaran , Kak Su membawa kami menuju ke asrama kami (muslimat) yang bertempat di blok Srikandi .. setibanya di sana , seorang rakan ISC kami iaitu Marni sedang menanti kami .. S6 menyaksikan sejarah persahabatan antara KRU Beaufort dan KRU KK .. Alhamdulillah :) .. Tidak lama kemudian , kami diarahkan untuk masuk ke dewan kuliah untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Akhi Umar .. Selepas itu , kami diberi masa untuk merehatkan diri dan selepas waktu maghrib , bermulanya slot-slot Kem Muzikal Anak soleh PERTAMA Di MALAYSIA ! .. :) .. Sesi taaruf yang diadakan oleh Fasilitator-fasilitator amat seronok kerana diiringi dengan muzik yang Indah .. SubhanAllah :) .. Seterusnya , sesi taaruf antara para peserta .. Sesi taaruf kami diiringi dengan muzik juga .. Sesi taaruf kami dimulakan dengan arahan untuk membuat dua bulatan , di mana satu bulatan untuk muslimin dan satu bulatan untuk muslimat , bulatan di dalam merupakan kaum muslimat , dan di luar merupakan bulatan bagi muslimin .. Setelah muzik dimulakan , kami diarahkan untuk bergerak mengelilingi bulatan dan apabila muzik berhenti kami diarahkan untuk mengenali orang yang berada di hadapan kami .. Setelah sesi taaruf berakhir , kami diminta untuk memperkenalkan rakan yang kami kenal semasa sesi taaruf berlangsung .. Apabila semuanya telah selesai , kami diberikan kepada beberapa kumpulan :) .. Seterusnya , program kami ialah latihan dalam kumpulan (LDK) , dalam LDK kami ini , kami disuruh melukis dan meneka lukisan tersebut .. Dengan tangan buta seni ni , terpaksalah melukis lukisan tersebut dengan comot sekali .. :) .. Tapi LDK ini sangat enjoy sebab dengan aktiviti ini , para peserta dapat lebih meningkatkan hubungan silaturrahim antara mereka .. Selesai sahaj LDK , kami diberikan satu lagi taklimat program oleh Akhi Idin , iaitu mengenai slogan kami .. Slogan kami di KMAS ini ialah " KAMI ANAK SOLEH ! AMIN YA ALLAH" .. amin ya rabbal alamin .. slogan seterusnya ialah , apabila kami diberi ayat ini "ATTENTION!" , kami diwajibkan menjawab ayat ini dengan perkataan "YES, SIR!" .. Dipendekkan al-kisah ana ini , kami pun disuruh untuk menuju ke bilik masing-masing untuk mempersiapkan diri menutup mata .. :)Hari kedua merupakan hari kesedihan kami bermula , bukan sedih sebab perkara lain , tapi sedih sebab memikirkan masa lalu yang lalu .. Ok ! hari yang cerah dimulakan dengan regangan pagi yang tersangat seronok .. Kami diminta untuk mencari akhi Rapp kami iaitu akhi Arif di sebuah tempat yang kami tidak ketahui lokasinya .. Setelah puas mencari , Alhamdulillah , akhirnya kami berjaya menjumpai Akhi Arif .. Dalam regangan pagi bersama akhi Arif , kami diminta seorang demi seorang untuk melaungkan ayat ini dengan penuh semangat , iaitu "SAYA ISLAM ! SAYA ANAK SOLEH !" .. .. Selepas regangan pagi , kami diminta untuk menyelesaikan satu tugas di mana kami hanya diminta untuk menyebut beberapa perkataan sahaja , iaitu "KAMI ISLAM ! KAMI ANAK SOLEH!" .. Tugas kami itu ialah mencari Abang Madi untuk meminta abang Madi untuk merakam kami semua :) .. setelah selesai program pagi-pagi itu , kami pun diarahkan untuk bersarapan dan hemat diri .. Setelah semuanya selesai , kami diarahkan untuk ke dewan semula untuk meneruskan tentatif yang seterusnya .. Sedang para peserta asyik sibuk berbual-bual , tiba-tiba datanglah kak Nisa sebagai pengacara 'HOT' .. Macam-macam aktiviti yang kak Nisa bagi sama kami , dan paling ana tidak boleh lupa saat ana diarahkan untuk ber'RAP' pasal IMAN .. Ana mengaku , ana tidak tahu apa yang harus dibuat .. Nasib ana kawan-kawan ana yang memberikan ana klu .. Alhamdulillah .. Seterusnya , sesi slot kuliah bersama abang Idin yang penuh dengan kegembiraan dan kesedihan :) .. Slot ceramah yang disampaikan adalah "Cinta Allah dan Rasulullah" .. betapa sayunya hati ini tatkala slot kuliah ini dimulakan .. ana dan semua sahabat-sahabat ana menitiskan air mata saat kuliah ini berlangsung .. Tidak lupa juga kepada satu slot kuliah yang bertajuk " Cinta Ibu Bapa" , di mana ana telah disoal oleh Akhi Arif beberapa soalan , dan ada satu soalan itu yang ana tidak dapat untuk menghuraikan jawapannya atas sebab-sebab yang tertentu .. Kesedihan yang melanda diri selepas slot kuliah daripada Abang Idin bertambah hebat apabila slot kuliah "Cinta Ibu Bapa" bermula kerana ada video yang bertajuk " A Father's Love demonstrated" sungguh menyayat hati kami semua .. kesedihan kami bertambah lagi saat kami disuruh membuat satu doa untuk Ibu Bapa kami dan dibacakan di hadapan para fasi dan peserta .. Selanjutnya , kami disuruh memilih 2 orang rakan kami untuk berlakon selama 2 minit dengan tajuk lakonan yang telah diberi .. Selepas waktu asar , kami telah diberi tajuk lakonan untuk "Malam Muzikal Anak Soleh" .. Kmi diberikan waktu untuk berbincang mengenai lakonan kami dan disuruh membuat kertas kerja bagi lakonan yang akan kami lakonkan .. selesai sahaja solat Isya' , ana dan rakan ana segera masuk ke dalam dewan kuliah untuk slot lakonan .. dalam masa 1 jam , semua lakonan berjaya diselesaikan .. Alhamdulillah .. seterusnya , kami diarahkan untuk minum malam dan masuk semula ke dalam dewan dalam keadaan berwudhu' .. Malam terakhir berada di KBS serta malam terakhir bagi tahun 2011 amatlah bermakna dalam hidup ana .. Ana bersyukur sebab ana berada di KMAS dan bukan berada di sebuah tempat yang penuh dengan orang ramai untuk menyambut tahun baru .. ana juga bersyukur kerana pada malam di mana orang ramai bersuka ria di luar sana menyambut tahun baru , manakala ana dan rakan-rakan ana sedang bersedih mengenangkan kisah Rasulullah SAW .. di saat mereka semua bermain bunga api , kami pula sedang bersedih dalam musahabah diri kami .. Di akhir malam itu , ana memeluk Kak Siti Noorhidayah , Kak Nisa dan kak su serta sahabat-sahabat muslimat ana yang lain sebelum menuju kembali ke asrama ..

Hari terakhir kami di KMAS amatlah menyeronokkan .. para muslimat telah dibimbing oleh Kak Nisa dalam satu game di mana ada yang menjadi buta , bisu , pekak dan sebagainya .. setelah habis game itu , kami pun diarahkan untuk kembali semula ke asrama dan kemaskan barang masing-masing .. Hari terakhir juga , ana sempat menitiskan air mata tatkala video "A father's Love demonstrated" dimainkan semula ditambah dengan temubual Akhi Amin dengan seorang Ayah yang telah menghantar anaknya, bukan seorang tapi 3 ORANG anaknya ke KMAS ini agar anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh sentiasa .. setelah itu , montaj rasmi KMAS pun ditayangkan dan penutupan program ini diakhiri dengan sesi fotografi .. Maka dengan itu , berkahirnya KEM MUZIKAL ANAK SOLEH PERTAMA DI MALAYSIA ! ^^


"Apa yang baik , datangnya dari Allah S.W.T, dan yang buruk itu datangnya daripada diri ana sendiri" 
wallahualam ..


** Sesi Taaruf **

Nama ana bukanlah seperti yang tertera di atas, iaitu 'Ana' ,  nama ana ialah Norhaslinda binti Muslie , berasal dari Beaufort , Sabah .. Dipendekkan nama ana menjadi "Leng~Leng" dan ana merupakan ahli KRU Beaufort .. Ana berumur 17 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Saint Paul , Beaufort ..

sekian ..

ana sudahi catatan ana dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim ,
Assalamualaikum WBT :) ..

:) peace :)




**Gambar Kenangan**









QTS Staff :D



LDK

Kegembiraan saat berada di Kem Muzikal Anak Soleh
Peserta Muslimin


Peserta Muslimah KRU Beaufort







Bacaan doa untuk ibu bapa


Riadah

bacaan doa untuk ibu dan ayah ..
Bacaan doa dari anak soleh .. amin ..






















0 orang terhebat!:

Post a Comment

Followers