Ads 468x60px

Testimoni ISC KRU Beaufort























Ahlan Wasahalan ^^

Alhamdulillah , Islamic Summer Camp G.5 (ISC G.5) telah selamat dengan selamatnya dijalankan pada 
16-18 disember 2011 ^^ ..
Seramai 11 orang peserta dari KRU Beaufort menyertai ISC , iaitu 
Mohd Zulazrull bin Ahmad Sarwani , Mohd. Aiman bin Aliming , Mohd. Shazlin bin Jualin ,
Asraf bin Aziz , Izuan bin Maklin , Norfarain binti Kamba , Nurhidayah binti Awang ,
 Norhaslinda binti Muslie , Nurdiyanah Afiqah binti Noraman , Azlinah binti Mohd Salleh ,
dan Nurul Shafiqah Umairah binti Abdul Rahim ..

Berikut merupakan testimoni para peserta ISC dari KRUB mengenai ISC G.5 2011 ^^



Aiman :)
Mohd. Aiman bin Aliming
 (Pengerusi KRU Beaufort)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,
Kem . Apa yang anda tahu tentang kem ? Ana pun tak berapa tahu , terpulanglah kepada anda bagaimana anda hendak mentafsirkannya . ISC ataupun lebih dikenali sebagai Islamic Summer Camp  merupakan satu kem yang berbeza daripada kem-kem yang pernah ana ikuti . Kem ini sangat menyeronokkan kerana kem ini mengandungi unsur-unsur Islamic . Kesemua aktiviti yang dijalankan amat menyeronokkan terutama aktiviti "Kembara Qiyam" . Ada tiga 'check point' yang perlu kami lalui . Selain itu , ada aktiviti-aktiviti yang lain juga seperti Jelajah Dakwah , Malam 1 Bintang , Explorace , Kuliah dan sebagainya . Jika ada ingin tahu dengan lebih lanjut lagi , sertailah ISC kerana ia menyeronokkan ! 

wallahualam .




Asraf :)
Asraf bin Aziz 
(Bendahari KRU Beaufort)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,
Pada kesempatan kali ini , ana ingin berkongsi tentang pengalaman ana ketika mengikuti Islamic Summer Camp G.5 yang telah diadakan pada 16-18 disember 2011 di KK Adventure Park Papar . ISC G.5 adalah aktiviti yang bercorak islamik yang bertujuan memperbaiki dan memantapkan akidah para peserta . Terdapat pelbagai aktivit yang dijalankan seperti kuliah dasar , jelajah dakwah , dan explorace . Kuliah dasar mempunyai pengisian yang mantap dengan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah , manakala jelajah dakwah pula bertujuan mengeratkan silaturrahim antara para peserta dengan saudara se-islam yang lain . 

wallahualam .



Mohd Shazlin:)
Mohd Shazlin bin Jualin
(Lajnah Tarbiyah dan Kerohanian KRU Beaufort)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,
Di sini saya ingin mengarang sedikit sebanyak pandangan diri ini berkenaan Islamic Summer Camp Generasi kelima.    Daripada kesemua program keagamaan yang ana ikuti,inilah yang terbaik dan lima bintang ana beri sebagai penghargaan ke atas program ini.Pelbagai aktiviti dan sesi yang berfaedah serta ia merangkumi segala aspek kehidupan beragama tak seperti program agama di tempat lain.Suasana yang sederhana dan serba kekurangan menjadi kerinduan bagi ana,dari sana mengenal erti berterima kasih.Malam persembahan tetap menjadi keutamaan ana,prinsip seperti pengarah yang boleh mengarah orang sebagai pelakon dan ana menjadi watak utama takkan dilupakan cuma kurang terancang.Ana berharap ISC seterusnya dapat dibuat 2 kali dalam setahun dan tempoh masa aktiviti sebegini dapat dilanjutkan dan penulisan ana ini bukan sekadar alunan bahasa semata-mata tetapi lebih kepada harapan dan luahan hati nurani.Sekian,terima kasih

 wallahualam .

Ain :)
Norfarain binti Kamba 
(Lajnah Tarbiyah Dan Kerohanian KRU Beaufort) 

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,
ISC G.5 adalah satu kem yang lain daripada yang lain yang pernah ana sertai . Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ana perolehi . Sewaktu berada di kem ini , ana dapat merasakan pengalaman bersolat di tepi pantai tanpa menggunakan telekung . "Bukankah Islam itu Mudah" . Apa yang penting pakaian kita bersih , menutup aurat dan ada wudhu , yang paling penting sekali adalah niat kita . Ana juga dapat mempelajari tentang apa yang khususnya untuk muslimat sahaja yang telah disampaikan oleh Kak Khairunisa Klem atau Kak 'One More' . Ana juga dapat melihat 'konsert' secara langsung IM Ali Khairuddin menyanyi bersama Akhi Umar Ali . Akhir sekali , ana ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem ini .
"Bergantunglah pada sesuatu yang kekal (Allah) ."

wallahualam .




Izuan :)
Izuan bin Maklin
(Lajnah Kepimpinan dan Organisasi KRU Beaufort)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,
Pada kali ini , ana akan menceritakan mengenai pengalaman ana di ISC G.5 . keseluruhan program ini amatlah seronok ! terutamanya , apabila aktiviti 'Kembara Malam' pada jam seawal 2 pagi . Selain itu , di dalam program ini juga , kami dapat belajar banyak perkara , bertemu rakan-rakan baru , dan belajar banyak perkara . Secara kesimpulannya , program ini memang hebat dan diharap ianya dapat dilakukan lagi pada masa hadapan . 

wallahualam .

Yune :)
Nurul Shafiqah Umairah binti Abdul Rahim
(Lajnah Kepimpinan dan Organisasi KRU Beaufort)

  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,

Nama ana bukan Ana , nama ana Nurul Shafiqah Umairah .Salah seorang peserta Islamic Summer Camp .Menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort .Dan merupakan Ahli Kelab Remaja Ukhuwah Beaufort . Sebagai kesimpulan ana terhadap Islamic Summer Camp ini , ana rasa . . Camp ini sangat memberi semangat , memberi keyakinan terhadap ana agar sentiasa yakin dengan setiap apa yang dilakukan . Berdakwah perlu cara , Tersilap langkah . . wallahualam . sebenarnya banyak lagi yang perlu kita belajar . Ilmu Allah itu sangat luas . Semuanya datang dari diri kita sendiri , kita yang mengorak langkah untuk berjaya dan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah swt . Ikutilah majlis ilmu dan serikanlah diri kita dengan ilmu yang bermanfaat . Insyaallah . Ana juga sedang menuju ke arah itu . . Dugaan sentiasa datang , Ketabahan diri jangan lupa di servis :) 

wallahualam .


Dayah :)
Nurhidayah binti Awang 
(Lajnah Dakwah dan Kemasyarakatan)

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,
Pertama sekali , ana ingin memanjatkan kesyukuran pada Maha Esa kerana memilih dan mengizinkan ana mengikuti program ISC G.5 . Satu pengalaman yang baik buat ana . Apapun , kita semua bermula daripada 'zero' . Belajar daripada kesilapan lalu . Jangan peduli apa kata orang lain tentang siapa kita suatu masa dahulu . Tapi fikirlah apa kata orang tentang siapa kita sekarang dan selamanya ."Dakwah Itu Cinta'
Sekian .

wallahualam .



Zull :)

Mohd Zulazrull bin Ahmad Sarwani
(Lajnah Penerbitan dan Informasi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh , 
Bismilairahmanirahim..Baru-baru ini, ana telah pun mengikuti program (ISC) mampu memberi impak yang berguna dan dapat memberikan seribu satu kebaikan kepada diri ana sendiri ..Tahukah anda (ISC)?? ISC yang lebih di kenali sebagai ISLAMIC SUMMER CAMP yang telah pun memasuki generasi ke-5 di anjurkan oleh Persatuan siswazah Sabah(PSS) Dan kelab remaja ukhuwwah (KRU)..ISC adalah Program yang lebih tertumpu kepada aktivti-aktiviti yg berkait rapat tentang agama islam dan memberi pendedahan-pendedahan yang terkini dengan lebih menarik dan terperinci .Namun begitu, program keislaman ini,ana berpendapat sangat berbeza dari program keislaman yang lazimnya kerana teknik yang di laksanakan ana melihat ada sedikit perbezaan yang amat ketara dan amat menonjol.Terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang kami perolehi di sana..Program ini telah di jalankn bertempat di KK ADVENTURE PARK kg,beringgis ,PAPAR,SABAH.Alhamdulilah ana bersama-sama sahabat-sahabat dari Beaufort, seramai 11 orang Perserta..iaitu 5 org adalah perserta muslimin dan selebihnya peserta muslimat.. matlamat pr0gram ini amat teramat indah jika sesiapa yang menyertainya..ana berasa amat bertuah dengan izin Allah dapat Menjayakan program ini hingga ke akhirnya dan memperolehi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang belum ana perolehi selama ini dan boleh di jadikan amalan harian dan banyak pengalaman-pengalamn yang menarik yang tidak dapat di lupakan sepanjang program ini berlangsung..Antara pengalaman-pengalaman yang HEBAT dan menarik  ialah Explorace, jelajah Dakwah, Malam 1 bintang, Usrah, Qiyamullail, Ceramah keislaman yang menarik dan pelbagai lagi slo-slot yang HEBAT dan menakjubkan diri ana..Perisian Program ini yang terlalu Mantap dan di susun dengan begitu teliti yang mendorong kepada program ini menjadi Hebat ..Antara pengalaman-pengalaman yang menarik bagi ana sepanjang program ini diadakan ialah Aktivti jelajah dakwah di mana kami telah di pecahkan kepada beberapa kumpulan untuk menyelami sendiri bagaimanakah cara-cara Nabi junjungan kita nabi Muhammad s.a.w menyebarkan agama islam pada zaman dahulu..Setiap kumpulan di anggotai kira-kira 5 – 7 org peserta…kami telah di lepaskan selama 2 jam lebih untuk menziarahi penduduk-penduduk yang berada di kg beringgis,papar untuk mendalami isi hati penduduk disana..Apa yg cuba kami terapkan di sini kepada penduduk-penduduk kg adalah mengenai hal-hal keislaman dan banyak lgi…kami cuba mengenal pasti masalah-masalah ketidakpastian yang dihadapi oleh penduduk kg terutamanya berkaitan tentang agam islam..kami cuba memberikan sedikit ilmu pengetahuan yang kami perolehi sepanjang program ini..Alhmdulilah, kami telah pun Berjaya menyempurnakan aktivti ini dengan jayanya..Apa yang mungkin boleh ana rumuskan tentang aktivti jelajah dakwah ini adalah ianya dapat memupuk smangat berkerjasama antara ahli-ahli dalam sesebuah kumpulan untuk menyelesaikan satu misi yang mulia ini…”Apa yang penting, ukhuwwah fillah”.. hari berganti hari..tibalah hari terakhir kami di tapak program sebelum balik ke pangkuan ibu bapa yg tercinta…dan ana cuba mengambil iktibar dari apa-apa juga pengalaman yg di perolehi di sana dan cuba memanfaatkan ilmu yang di perolehi..begitulah kesudahan kandungan program ISC yg boleh ana jelaskan sedikit sebanyak yang mampu boleh menarik minat kawan-kawan untuk menyertai program yg Hebat ini..Akhir sekali “ DAKWAH ITU CINTA”

wallahualam .



Leng~Leng :)
Norhaslinda binti Muslie
(Lajnah Penerbitan dan Informasi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,
Syukur ke Hadrat Illahi kerana mengizikan ana untuk menyertai ISC G.5 yang diadakan di KK Adventure Park , Papar pada 16-18 Disember 2011 . Bersyukur juga ana ke hadrat Illahi kerana ana tidak mengalami sebarang permasalahan sepanjang berada di ISC . Alhamdulillah . Dalam kesempatan ini, ingin ana kongsikan sedikit pengalaman ana semasa berada di ISC G.5 . Salam wasilah ukhuwwah fillah , ana dapat berkenal dengan ramai sahabat-sahabat baru dari pelbagai daerah . Selain itu , ana juga dapat menimba ilmu , di mana ilmu ini , ilmu yang tidak akan ana dapat di sekolah . Apakah Ilmu yang ana maksudkan ? .. Ana maksudkan ilmu berdakwah secara berkesan . Sebagaimana kata ana , ilmu sebegini kita tidak akan dapat di sekolah mahupun di rumah . Seterusnya , apa yang ingin ana perkatan ialah ana amat tertarik dengan kuliah-kuliah yang disampaikan oleh para penceramah khas yang tersangat hebat kerana ceramah-ceramah mereka mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW . Tidak juga ana lupa kepada satu pengembaraan hebat , di mana ana dan rakan-rakan ada diberi satu modul iaitu "Jelajah Dakwah". Modul ini amat seronok kerana kami dapat mengenali penduduk setempat dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama Islam . Ana juga tidak lupa kepada acara 'Malam Satu Bintang' di mana para peserta dipilih secara rawak dan ada juga yang menjadi 'volunteer' untuk menyampaikan dakwah masing-masing . Satu cabaran yang mencabar fizikal dan mental ana dan para sahabat ana , iaitu kami dibangunkan seawal jam 2.00 pagi untuk melaksanakan "Kembara Malam" di mana modul ini kalau ana tidak silap tidak tersenarai dalam tentatif program . Pengalaman Indah juga apabila bersolat di tepi laut dan dapat menyaksikan dengan sendirinya matahari terbit , SubhanAllah , sangat cantik . Modul terakhir kami di ISC G.5 ialah modul Explorace di mana modul ini amat mencabar kredibiliti para peserta dalam berfikir dan mengharungi cabaran hidup . Akhir kata dari ana , apa yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang kurang baik itu datangya dari diri ana sendiri .
Apa-apa pun ISLAMIC SUMMER CAMP ! 
DAKWAH ITU CINTA   

"Precious being muslim in whole life" 
wallahualam . 



Dee~Dee :)
Nurdiyanah Afiqah binti Noraman
(Lajnah Akademik KRU Beaufort)
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,
syukur ke hadrat Illahi kerana masih mengurniakan nyawa dan masih menyinari hidayah-Nya dalam nurani ana . Pengalaman ana di ISC G.5 amat ana hargai . Banyak ilmu yang telah ana peroleh , uslub-uslub dakwah , cara berdakwah secara berkesan dan banyak lagi . Program- program seperti ini amat bermanfaat dan patut diadakan lebih kerap . Pada pendapat ana , ISC G.5 dapat membimbing golongan remaja akhir zaman untuk melaksanakan tanggungjawab iaitu menjadi da'ie yang sejati . Akhir kata , marilah kita sama-sama menjadi remaja orignal dan bukan fotokopi seperti kata Akhi Azizul Julirin . Semoga istiqomah .

wallahualam .



Lynn :)


Azlinah binti Mat salleh
(Ahli KRU Beaufort)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,
Ana panjatkan kesyukuran ana kerana ana berjaya mengharungi dugaan dan rintangan semasa menyertai ISC G.5 . Pengalaman berada di ISC merupakan pengalaman yang tidak dapat ana lupakan . Apa yang ana dapat simpulkan dari ISC ini adalah kem ini sangat-sangat hebat , dihadiri oleh para penceramah yang begitu hebat . Selain itu , kem ini juga dapat mempertemukan ana dengan sahabat-sahabat baru dari jauh dan dekat . sekian . 
wallahualam 

0 orang terhebat!:

Post a Comment

Followers