Ads 468x60px

Majlis Iftar bersama PSS dan KRU Beaufort


Assalamualaikum WBT ..

Alhamdulillah Ya Rabb .. Majlis Iftar bersama PSS dan KRU-B pada 13 ogos 2012 di Masjid Pekan Beaufort berjalan dengan lancar .. Majlis yang bermula pukul 5.00 petang itu dihadiri oleh beberapa orang ahli KRU-B gen.1 dan gen.2 .. Alhamdulillah ..

Seawal jam 5.30 petang , para ahli KRU-B telah mengumpulkan wang sejumlah RM 3.00 seorang dan diserahkan kepada 'bendahari terjun' kami iaitu Saudari Fatinah .. Kemudian , kami bergerak bersama-sama menuju ke Bazaar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa .. 

Duit3x ~ ^^


Senyum cik 'bendahari terjun' ^^

beli3x .. jangan tak beli ..


Sekitar jam 6.00 petang , kami bergerak semula ke Masjid Pekan Beaufort untuk mempersiapkan juadah iftar .. Penjuru masjid menjadi tempat Majlis Iftar PSS dan KRU Beaufort .. Oleh kerana persiapan untuk berbuka puasa hanya mengambil masa yang tidak lama , kami mengambil peluang untuk berusrah sebentar .. Dalam usrah sebentar kami yang dikendalikan oleh PSS Beaufort iaitu Ustaz Syahriul , kami telah diminta untuk menceritakan mengenai perasaan kami di bulan ramadan ini .. Setelah selesai semua ahli usrah menceritakan perasaan masing- masing , Ustaz Syahriul pun mengambil masa yang tinggal sedikit menceritakan kepada kami kisah Rasulullah dan para sahabatnya mengenai Ramadan .. Cerita yang dibawakan oleh Ustaz Syahriul sedikit sebanyak menyentuh perasaan kami hingga ingin menitiskan air mata .. Tidak lama selepas itu , kedengaran azan maghrib berkumandang dan Shazlin mengetuai bacaan doa untuk berbuka puasa pada majlis ini .. 

Iftar ^^

Ustaz Syahriul 

Iftar Muslimat ^^


Berbuka dengan kurma dan air kosong adalah permulaan juadah bagi kami .. Kemudian , masing-masing membawa diri menuju ke ruang wudhu untuk menunaikan solat maghrib berjemaah .. Selepas solat maghrib berjemaah , barulah kami menjamah makanan yang lain .. Makan dalam talam dalam Iftar kali ini menambahkan lagi ukhuwwah antara kami .. Alhamdulillah ..

Masa untuk makan ^^


Selesai sahaja beriftar , kami pun mengemaskan apa yang patut dikemas dan bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah dan solat tarawih .. 
 
Ukhuwwah Fillah abadan abada :)

0 orang terhebat!:

Post a Comment

Followers