Poster Qiamullail Kali ke-6 |
Pada permulaan dan sebelum bermulanya Program Qiamullail keenam PSS&KRU Beaufort.Kami menghadapi masalah dari segi kekurangan AJK sama ada PSS atau KRU.Hampir-hampir saja program yang di sebar umum itu dibatalkan tetapi pihak kami tidak langsung endah akan idea pembatalan itu.Gerak kerja akan tetap di jalankan dengan penuh kesabaran.
Bahkan jua,qiam itu berlanggar dengan 3-4 kenduri ahli PSS&KRU.Pada hari program,segala peralatan dipersiapkan dan AJK bersedia untuk memikul tanggungjawab.Meja pendaftaran menjadi langkah awal di sediakan di susuli dengan yang lain-lain.Usai solat Zohor,AJK pendaftaran memainkan peranan.LCD atau pemancar visual tidak ada ,tapi tidak dapat menghambat perjalanan program dan hanya di bantu dengan kelengkapan audio.
Dimulai dengan taklimat oleh Ustaz Syahriul di samping lagu tema.Lagu tema menjadi kewajipan di setiap program dan pada masa itu.Sebenarnya,lagu tema qiam belum pun sempat di bincang tapi lantas kami terus memilih lagu Rabbani-Iltizam.Selesai taklimat,LDK dijalankan yang bertajuk sebuah perjalanan Agung.Peserta di kehendaki melalui stesen-stesen yang tertentu dan menyalin nota tentang Isra’ Mikraj.
Di mulai dengan perjalanan ke satu sudut sehingga ke ruang solat utama.Selepas itu, para peserta berehat sebentar di susuli dengan solat fardhu Asar.Selesai Imam membaca doa,program di teruskan dengan para peserta di beri soalan kuiz yang menyaksikan akan gelagat peserta yang bersemangat sekali sehingga riuh sekali.Al-Mathu’rat di baca dengan berjemaah di ruang utama masjid.
Sesi Ice-Breaking atau sesi taaruf di jalankan di depan masjid. KRU mengendalikan sesi tersebut,sehelai kertas di bagi kepada setiap peserta dan di minta untuk melukis wajah mereka.Lalu kertas itu di bagi kepada AJK dan di lipatkan sebelum di hulurkan secara rawak kepada setiap peserta.Mereka dikehendaki mencari wajah orang yang serupa dengan lukisan di kertas (walaupun ia adalah sangat mustahil).Mereka mesti berkenalan dalam masa beberapa minit.
Mentari di tengah waktu Asar,seramai 4 peserta muslimin dan 4 peserta muslimah di jemput untuk memperkenalkan kawan mereka dan mereka ini bertuah sebab diberi hadiah atas keberanian tampil di hadapan.Sebenarnya pada masa ini,AJK tersembunyi iaitu AJK masakan sedang berusaha menyiapkan makan malam di dapur.Selesai Ice-Breaking,kami semua pun mengurus diri.
Azan maghrib dilaungkan,AJK masuk ke bilik penginapan muslimin untuk menyuruh solat.Agak manja sampai solat pun mahu di suruh dan nakal bersembunyi di bilik.Selepas solat sunat selepas maghrib,semuanya turun ke bawah untuk slot tahlil sempena bulan Syaaban.Di iringi dengan makan malam yang berupa menu nasi dengan telur goring campur sosej sambal sos.Di samping sayur acar timun.Syukur makanan pun cukup di nikmati semua orang.
Melangkah menunaikan solat Isya’ dan selepas itu,kuliah ilmu pun bermula dengan bertajuk “Indahnya hidup dalam beribadah”.Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ruslimi yang dijemput khas.Lebih sejam ceramah disampai dan seterusnya untuk minum malam hanya ada air teh dan biskut tanda kesederhanaan.Justeru itu,slot muhasabah dengan lampu di matikan untuk suasana yang gelap.
Dengan bantuan audio dan Ustaz Syahriul menjadi moderator,slot muhasabah berlangsung dengan jayanya.Sebagai penutup slot muhasabah,peserta diminta untuk mengambil wuduk dan bersama-sama membacakan surah lazim sebelum tidur.Sejurus selepas para peserta melelapkan mata walhal sebaliknya pula yang berlaku,post mortem di buat.
AL-Fatihah menjadi pembuka halaqah,AJK penyertaan,promosi,pendaftaran termasuk sumbangan sekali membentangkan laporan.Peserta muslimin adalah seramai 21 orang dan muslimah seramai 27 orang,promosi di hadkan hanya pada tampalan poster dan sebaran di FB.Sumbangan daripada lebih kurang 10 orang guru SMK.Beaufort adalah sebanyak RM106 yang berjaya dikutip.
Bagi makanan dan minuman pun cukup,lebih pun ada.Kebersihan pun memuaskan,keselamatan pun terjamin,pengisian tidak banyak masalah.Kami semua merasakan program berjalan dengan lancer seolah-olah doa meminta bantuan dimakbulkan,lalu Allah SWT menghantar malaikat untuk membantu kami serupa sejarah Perang Badar.Kak Azlinah pun datang walau malam semakin lewat,tasbih kifarah dan Al-Asr menjadi penutup.
Kebetulan yang baik,kak Azlinah membawa bekal makanan dari kenduri keluarganya dan kami makan dengan syukur.Melelapkan mata bagi menghadapi dugaan esok hari untuk slot utama,qiamullail.Lebih kurang jam 3.30 pagi,para peserta di kejutkan untuk bangun qiamullail.Dimulai dengan beberapa solat sunat terutamanya solat tahajud di iringi zikir munajat.Menjelang subuh yang hening,azan berkumandang dan solat subuh di tunaikan.
Slot tazkirah subuh disampaikan oleh Ustaz Awang Mohd.Nor.Gaya ceramah dilengkapi dengan keramahan bertanyakan soalan siap menyentuh soal gerbang bakal suami/isteri.Selepas itu,sesi riadah di luar masjid dilakukan dengan pengendalian KRU.Sesi riadah yang menyaksikan gelak ketawa antara peserta dan AJK di sebabkan gelagat lucu peserta.Selesai riadah,peserta dijamu dengan hidangan sandwich sampur sardin dan air teh sebelum mereka mandi.Bagi slot akhir,sesi refleksi dan perkongsian sepanjang perjalanan program dilakukan di samping mempromosi Kem Remaja Islam Beaufort.
Selepas itu,berakhirnya program qiamullail perdana dan inilah satu-satunya program PSS&KRU Beaufort tanpa gambar apatah lagi video.Apa-apa pun segala-gala banyak mengajar kami terutamanya bagi AJK KRU.
# Maaf di atas ketiadaan gambar qiamullail kali ke-6 ini kerana ada masalah teknikal yang berlaku ^^
0 orang terhebat!:
Post a Comment