Ads 468x60px

Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort Okt'12

Assalamualaikum ..
Whiteboard ~ agak-agak muka siapalah tu ?
 Alhamdulillah , sekali PSS dan KRU Beaufort telah berjaya menjalankan satu program iaitu Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort Oktober 2012 biarpun musim peperiksaan melanda di sekolah-sekolah sekitar daerah Beaufort .. Program Qiamullail kali ini juga bertemakan " Erti Sebuah Pengorbanan " di mana tema kali ini amat bersesuaian dengan remaja - remaja yang berada di sekitar Beaufort kerana sanggup berkorban datang ke program ini walaupun peperiksaan melanda diri .. Alhamdulillah .. Semoga Allah memberkati mereka semua .. Tidak lupa juga kepada pengorbanan seorang peserta yang sanggup datang dari sebuah kampung yang jauh dengan berjalan kaki seorang diri selama sejam hanya kerana ingin mengikuti program ini walaupun baru mengetahui mengenai program ini beberapa jam sebelum program bermula.. Allahurabb .. Besar sungguh pengorbanannya .. Semoga Allah memberkati Saudara Sueradi ..


Majlis Iftar bersama PSS dan KRU Beaufort


Assalamualaikum WBT ..

Alhamdulillah Ya Rabb .. Majlis Iftar bersama PSS dan KRU-B pada 13 ogos 2012 di Masjid Pekan Beaufort berjalan dengan lancar .. Majlis yang bermula pukul 5.00 petang itu dihadiri oleh beberapa orang ahli KRU-B gen.1 dan gen.2 .. Alhamdulillah ..

Seawal jam 5.30 petang , para ahli KRU-B telah mengumpulkan wang sejumlah RM 3.00 seorang dan diserahkan kepada 'bendahari terjun' kami iaitu Saudari Fatinah .. Kemudian , kami bergerak bersama-sama menuju ke Bazaar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa .. 

Duit3x ~ ^^

Usrah Ramadan Al-Mubarak


Alhamdulillah .. Sepanjang bulan yang mulia ini , Kelab Remaja Ukhuwwah Beaufort telah menjalankan sesi usrah  bersama KRU-B Gen.1 dan KRU-B Gen2 .. Alhamdulillah juga , kehadiran sepanjang usrah Ramadan amat memuaskan ..Usrah ramadan KRU-B 1.0 , 2.0 ,dan 3.0 telah diadakan di Masjid Pekan Beaufort ..Usrah ramadan ini juga telah dikendalikan sendiri oleh ahli KRU-B ..

Bermula dengan usrah ramadan 1.0 yang dijalankan di awal bulan ramadan iaitu pada 27 Julai 2012 dengan kehadiran ahli usrah seramai 8 orang , para ahli usrah telah diberikan penerangan mengenai erti ramadan , adab-adab ramadan dan juga niat ketika berada di dalam ramadan .. Selain itu , ahli usrah juga diterangkan mengenai perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa .. Sebelum bermulanya sesi perkongsian dalam usrah , seperti biasa , sesi taaruf mendahului segalanya .. Alhamdulillah , perkongsian yang dibawakan amat bermanfaat buat semua ahli usrah yang hadir .. Selesai sahaja sesi perkongsian mengenai ramadan yang disampaikan oleh saudara Shazlin , setiap ahli usrah telah diminta memberi sedikit perkongsian mengenai ramadan dan diri mereka masing-masing .. Setelah itu , sesi usrah ramadan 1.0 pun berakhir ..
 
Sesi perkongsian mengenai ramadan ^^
 

Qiamullail Perdana PSS dan KRU-B kali ke-6


Poster Qiamullail Kali ke-6

Pada permulaan dan sebelum bermulanya Program Qiamullail keenam PSS&KRU Beaufort.Kami menghadapi masalah dari segi kekurangan AJK sama ada PSS atau KRU.Hampir-hampir saja program yang di sebar umum itu dibatalkan tetapi pihak kami tidak langsung endah akan idea pembatalan itu.Gerak kerja akan tetap di jalankan dengan penuh kesabaran.

                Bahkan jua,qiam itu berlanggar dengan 3-4 kenduri ahli PSS&KRU.Pada hari program,segala peralatan dipersiapkan dan AJK bersedia untuk memikul tanggungjawab.Meja pendaftaran menjadi langkah awal di sediakan di susuli dengan yang lain-lain.Usai solat Zohor,AJK pendaftaran memainkan peranan.LCD atau pemancar visual tidak ada ,tapi tidak dapat menghambat perjalanan program dan hanya di bantu dengan kelengkapan audio.


                Dimulai dengan taklimat oleh Ustaz Syahriul di samping lagu tema.Lagu tema menjadi kewajipan di setiap program dan pada masa itu.Sebenarnya,lagu tema qiam belum pun sempat di bincang  tapi lantas kami terus memilih lagu Rabbani-Iltizam.Selesai taklimat,LDK dijalankan yang bertajuk sebuah perjalanan Agung.Peserta di kehendaki melalui stesen-stesen yang tertentu dan menyalin nota tentang Isra’ Mikraj.

           Di mulai dengan perjalanan ke satu sudut sehingga ke ruang solat utama.Selepas itu, para peserta berehat sebentar di susuli dengan solat fardhu Asar.Selesai Imam membaca doa,program di teruskan dengan para peserta di beri soalan kuiz yang menyaksikan akan gelagat peserta yang bersemangat sekali sehingga riuh sekali.Al-Mathu’rat di baca dengan berjemaah di ruang utama masjid.

          Sesi Ice-Breaking atau sesi taaruf di jalankan di depan masjid. KRU mengendalikan sesi tersebut,sehelai kertas di bagi kepada setiap peserta dan di minta untuk melukis wajah mereka.Lalu kertas itu di bagi kepada AJK dan di lipatkan sebelum di hulurkan secara rawak kepada setiap peserta.Mereka dikehendaki mencari wajah orang yang serupa dengan lukisan di kertas (walaupun ia adalah sangat mustahil).Mereka mesti berkenalan dalam masa beberapa minit.

Kem Remaja Islam Beaufort 2.0 :)


Poster KRIS Beaufort 2.0


" Tanpa KRIS , tak mungkin wujudnya KRU di daerah Beaufort ini " - Review KRIS Beaufort 1.0 pada 11.11.2011 di tempat yang sama dengan KRIS Beaufort 2.0 .. SMK Beaufort 1 ..

KRIS Beaufort 1.0

Assalamualaikum W.B.T ..

Alhamdulillah , Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya KRIS Beaufort 2.0 berjaya dilaksanakan dengan lancarnya .. Alhamdulillah ..

KRIS Beaufort telah selamat dijalankan pada 13-15 Julai 2012 bertempat di SMK Beaufort 1 dengan kehadiran peserta seramai 60 orang .. Alhamdulillah .. KRIS kali ini juga turut dibantu oleh beberapa Facilitator dari Politeknik Kota Kinabalu , PSS Kawasan lain , KRU Sipitang , KRU Kota Kinabalu , dan juga KRU Tuaran .. 

Followers