Ads 468x60px

Apa itu Qiamullail ?

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera ..

Jom kita sama - sama mengetahui , apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan Qiamullail ..
Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail

Qiamullail - Penjana Jati Diri Mukmin

Mukaddimah

Fizikal, intelek, emosi dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan. Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan daripada sifat mazmudah. Rohani pula dapat dibina dengan memperbanyakkan Ibadan ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.

Oleh itu Qiamullail merupakan salah satu cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jati diri setiap mukmin. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.

"Flash Mob Save Gaza"

Assalamualaikum W.B.T
Flashmob Save Gaza dari kami PSS dan KRU Beaufort
      Alhamdulillah. PSS dan KRU Beaufort telah selamat menjalankan program Flashmob Save Gaza pada 4.12.2012 di depan pasar Beaufort , Sabah dengan dihadiri seramai 10 orang ahli KRU-B.
Latihan Flashmob

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH SMK GADONG

Assalamualaikum Wa rahmatullah Wabarakatuh.
Segala Puji bagi Allah SWT tuhan semesta alam.Bersama-sama kita berterima kasih atas nikmat dan rahmat Allah yang melimpah ke atas hamba-Nya.Sejahterakanlah ke atas Nabi Muhammad,keluarganya,keturunannya,para sahabat nabi,para anbiya dan orang-orang islam.
Pertama sekali,pihak Persatuan Siswazah Sabah telah di jempat bagi menguruskan pengisian bagi sebuah program.Bertempat di SMK.Gadong,Beaufort. Hanya dua orang wakil PSS&KRU Beaufort dapat membantu program ini iaitu Ustaz Syahriul Bin Hj.Ismail dan Mohd.Shazlin. Wakil PSS tiba pada waktu petang selepas asar.

Program bermula pada jam 3 iaitu pendaftaran beserta solat asar dan taklimat ringkas.Masa ini peserta di bahagikan kepada 10 kumpulan dan jumlah keseluruhan adalah lebih kurang 200 peserta.Para peserta diminta kemas diri dan selepas itu solat maghrib di surau.Ada sebahagian peserta yang lambat dan mereka bersolat di atas rumput sebagai denda.

Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort Okt'12

Assalamualaikum ..
Whiteboard ~ agak-agak muka siapalah tu ?
 Alhamdulillah , sekali PSS dan KRU Beaufort telah berjaya menjalankan satu program iaitu Qiamullail Perdana PSS dan KRU Beaufort Oktober 2012 biarpun musim peperiksaan melanda di sekolah-sekolah sekitar daerah Beaufort .. Program Qiamullail kali ini juga bertemakan " Erti Sebuah Pengorbanan " di mana tema kali ini amat bersesuaian dengan remaja - remaja yang berada di sekitar Beaufort kerana sanggup berkorban datang ke program ini walaupun peperiksaan melanda diri .. Alhamdulillah .. Semoga Allah memberkati mereka semua .. Tidak lupa juga kepada pengorbanan seorang peserta yang sanggup datang dari sebuah kampung yang jauh dengan berjalan kaki seorang diri selama sejam hanya kerana ingin mengikuti program ini walaupun baru mengetahui mengenai program ini beberapa jam sebelum program bermula.. Allahurabb .. Besar sungguh pengorbanannya .. Semoga Allah memberkati Saudara Sueradi ..


Majlis Iftar bersama PSS dan KRU Beaufort


Assalamualaikum WBT ..

Alhamdulillah Ya Rabb .. Majlis Iftar bersama PSS dan KRU-B pada 13 ogos 2012 di Masjid Pekan Beaufort berjalan dengan lancar .. Majlis yang bermula pukul 5.00 petang itu dihadiri oleh beberapa orang ahli KRU-B gen.1 dan gen.2 .. Alhamdulillah ..

Seawal jam 5.30 petang , para ahli KRU-B telah mengumpulkan wang sejumlah RM 3.00 seorang dan diserahkan kepada 'bendahari terjun' kami iaitu Saudari Fatinah .. Kemudian , kami bergerak bersama-sama menuju ke Bazaar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa .. 

Duit3x ~ ^^

Followers